Budak Berusia Dua Tahun Maut Dengan Tulang Rusuk Patah, Pankreas Koyak

Posted on

Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia akibat kecederaan dalaman termasuk patah tulang rusuk kanan dan pankreas terkoyak di Kajang

Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia akibat kecederaan dalaman termasuk patah tulang rusuk kanan dan pankreas terkoyak di Kajang, semalam lapor mymetro
Dalam kejadian 6.55 pagi itu, ibu mangsa yang baru bangun daripada tidur menyedari pernafasan anaknya berusia dua tahun tidak stabil.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, mangsa terus dibawa ke Hospital Kajang oleh ibunya.
Bagaimanapun, selepas beberapa minit menerima rawatan, mangsa disahkan meninggal dunia.
Othman berkata, pemeriksaan awal mendapati banyak kesan merah dan bengkak di kepala dan badan mangsa.
“Hasil bedah siasat mengesan tulang rusuk sebelah kanannya patah serta pankreas terkoyak.
“Terdapat juga banyak kesan lebam baru pada tubuh badan mangsa,” katanya.
Susulan itu, ibu mangsa, 29, yang bekerja sebagai pembantu taska dan teman lelakinya, 39, ditahan.
“Teman lelaki ibu mangsa juga mempunyai rekod lampau berkait kes dadah,” katanya.
Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 20 Mei.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *