‘Boleh cuba tiki-taka’

Posted on

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Nelo Vingada disarankan menerapkan corak permainan tiki-taka kepada pasukan bimbingannya, sesuai dengan kelompok pemain dimiliki ketika ini.

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Abdah Alif berkata, gaya permainan ala-Barcelona dan Sepanyol itu dilihat lebih secocok dengan pasukan kebangsaan berdasarkan kemampuan pemain disenaraikan.

“Saya boleh katakan tahap pemain yang kita ada ketika ini sederhana, sama ada dari segi skil permainan mahupun kepantasan.

“Ia berbeza dengan zaman kami dulu apabila setiap pemain memiliki kemahiran individu tinggi serta kepantasan, sama ada pemain di barisan pertahanan, tengah mahupun penyerang. Ini membolehkan kami mengamalkan corak menyerang pantas.

“Kita dapat lihat bagaimana pemain seperti Hassan Sani mampu melarikan bola dari tengah padang hingga ke depan pintu gol sebelum mengumpan kepada James (Wong) ketika Malaysia mengalahkan Korea Selatan untuk layak ke Olimpik.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *