Boko Haram Penggal 31 Nelayan

Posted on

KANO, Nigeria – Sekurang-kurangnya 31 nelayan dibunuh oleh pengikut militan Boko Haram dalam dua serangan berasingan di Tasik Chad, timur laut Nigeria, hari ini.

Dalam kejadian itu, sekumpulan militan bersenjata menyerbu, menembak dan memenggal mangsa yang sedang memancing di pulau Duguri dan Dabar Wanzam.

“Pengikut Boko Haram menyerang 14 nelayan di Duguri dan dan 17 lagi di Dabar Wanzam,” kata Babakura Kolo, anggota militia yang menentang militan Daesh di Maiduguri.

Berita mengenai serangan itu lambat diketahui kerana Boko Haram memusnahkan tiang telekomunikasi di rantau ini dalam serangan beberapa tahun lalu.

Seorang nelayan yang sengaja tidak dibunuh dalam serangan itu berkata, 12 mayat mangsa diletakkan dalam kanu dan dia diarah oleh Boko Haram supaya membawanya ke Baga sebagai amaran tiada siapa dibenarkan memancing di kawasan tasik air tawar itu. – AFP/BH ONLINE

[embedded content]

Artikel berkaitan untuk dibaca :

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *