BMW Siri 8 Bakal Kembali

Posted on

BMW dijangka akan mempertaruhkan keluaran terbarunya yang bakal bersaing dengan model sama kelas dengannya iaitu Mercedes Benz S-class Coupe dan Cabrio.

Setelah 20 tahun BMW dijangka akan meneruskan pengeluaran model Siri 8 berkemungkinan sekitar 2018.

Namun baru-baru ini, BMW memberikan sedikit gambaran berhubung keluaran Siri 8 ini dengan memperkenalkan model konsep Siri 8 ini.

Pengerusi BMW, Harald Kruger dalam satu kenyataannya berkata, keluaran Siri 8 terbaharu ini akan mengetengahkan konsep moden, mewah dan dinamik.

“BMW Siri 8 Coupe bakal mengetengahkan ciri-ciri dinamik yang mewah dan moden. Namun ia tetap mengekalkan rekaan gril yang menjadi ciri utama BMW.

“Malah rekaan BMW Siri 8 Konsep ini turut memberikan interpretasi segar ikon untuk jenama BMW,” katanya.

Buat masa ini, model Konsep Siri 8 ini masih lagi diperingkat kajian rekabentuk yang mana ia bermaksud masih belum ada butiran teknikal mengenai model ini.

Namun peminat permotoran pastinya akan memberikan penilaian berdasarkan keluaran terdahulu.

Ada yang mengandaikan bagi Siri 8 ini kemungkinan akan mendapat janaan kuasa daripada enjin 4.4 liter V8 dan 3.0 liter V6.

Malah ia juga berkemungkinan akan dikeluarkan dnegan enjin hibrid 4 atau 6 silinder atau model khusus berkuasa elektrik.

Siri 8 ini mungkin akan mendapat pilihan enjin 4.4-liter V8 dan 3.0-liter V6, yang akan dapat penalaan baharu untuk menghasilkan prestasi dan kuasa yang lebih tinggi.

Kemungkinan besar juga yang Siri 8 akan dikeluarkan dengan enjin hibrid 4 atau 6 silinder, atau satu model yang berkuasa khusus elektrik.

[embedded content]

Loading…

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *