Biskut Badam Coklat Putih | Siakapkeli

Posted on

Menikmati biskut hasil air tangan sendiri pastinya lebih membahagiakan. Apatah lagi jika si kecil dan sanak saudara turut menggemarinya. Selain mudah disediakan, langkah demi langkah menghasilkan biskut ini juga enak dinikmati. Selamat mencuba.

Bahan pastri :

250 gm tepung gandum
75 gm gula aising
110 gm mentega

1 butir telur 

Bahan A :
140 gm mentega
20 gm crisco
40 gm gula kastor
1 butir kuning telur
1 camca kecil kapucino emulco

Bahan B :
180 gm tepung gandum
Secubit serbuk penaik
20 gm tepung jagung
20 gm tepung kentang
1 camca kecil susu tepung

Bahan C :
50 gm emping koko  –
20 gm kacang tanah –              dikisar halus
50 gm coklat urai       –

100 gm kacang badam – sebagai inti

Cara-cara membuat :

  1. Masukkan bahan-bahan pastri. Gaul rata hingga menjadi doh.
  2. Setelah itu, rehatkan adunan selama 15 minit kemudian canai dan masukkan adunan ke dalam acuan tat. Bakar pada suhu 150°S atau sehingga masak.
  3. Dalam bekas berasingan, campur bahan A dan pukul selama lima minit
  4. Kemudian masukkan bahan B yang telah diayak berserta bahan C kecuali badam. Gaul rata. Rehatkan adunan seketika.
  5. Bentukan adunan menjadi bulat dan masukkan kacang badam. Bakar hingga masak. Kemudian masukkan biskut ke dalam acuan pastri. Hias mengikut kesukaan.

sumber: keluarga.my

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *