Bintang baru Chelsea

Posted on

London: Pemain pertahanan kebangsaan Jerman, Antonio Rudiger sah menyertai Chelsea dari kelab Itali, AS Roma dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak £29 juta (RM160 juta).

Yuran perpindahan pemain berusia 24 tahun itu mempunyai bayaran tambahan yang boleh meningkat sebanyak £33.3 juta (RM184 juta) dengan kontrak selama lima tahun selepas membantu negaranya menjuarai Piala Konfederasi.

Rudiger yang beraksi dengan Roma sejak berpindah dari Stuttgart pada 2015, memberikan semangat buat Chelsea sehari selepas mereka dikecewakan dengan perpindahan pemain sasaran mereka Romelu Lukaku yang bersetuju menyertai Manchester United.

“Saya amat gembira kerana tidak semua pemain dapat peluang menyertai kelab besar seperti ini,” kata Rudiger.

“Saya tidak sabar untuk bertemu dengan rakan sepasukan baru dan saya bangga untuk menjadi pemain Chelsea.”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *