Bila Datang Beraya

Posted on

Bila Datang Beraya

Assalamualaikum kepada readers semua. Saya D, berumur 30-an dan mempunyai 3 orang anak.

Kalau submission D ni admin approve, D ucapkan terima kasih. D memang harap sgt approve sebab D rasa ramai yg perlukan kesedaran, especially parents kpd anak kecik n budak2. Maaf sebab agak panjang dan maaf juga kalau ada yg terasa hati disebabkan penulisan D.

Sekarang ni mesti ramai yg dah baca amukan Chef Wan yg viral pasal adab melawat/beraya kan. So D pun rasa nak bagi pendapat sikit pasal topik ni.

Semua orang tau utk hidup yg harmoni kita mesti hormat dan bertoleransi dgn orang lain. Agama Islam pun ajar kita macam ni dan memandangkan sekarang ni bulan Syawal, agama Islam juga galakkan kita kunjung mengunjung utk mengeratkan silaturrahim.

Bila kita bercakap pasal kunjung mengunjung ni ramai yg tau dan sedar tetamu ni ada macam2 kerenah. Setengah tuan rumah jenis cool je walaupun tetamu buat macam2. Setengah tuan rumah jenis kisah tapi sebab nak jaga hubungan dan jaga hati, diaorang terpaksa diam je.

D kalau setiap kali raya memang stress sgt bila saudara mara nak datang beraya. Stress dengan budak2 yg tak dididik oleh parents diaorang yg perangai pun kadang2 kurang adabnya juga.

D dibesarkan oleh mak yg sgt2 menitikberatkan adab, salah satunya adab bila jadi tetamu di tempat/majlis orang. D n adik beradik D memang tak pernah berlari2 kat tempat orang, makan sana sini, makan atas karpet/sofa (kecuali kalau takde tempat lain), makan sebelum dijemput tuan rumah, sentuh barang2 kat rumah orang, buat sofa tuan rumah jadi gelongsor, guna cushion tuan rumah buat lap mulut dan lap mulut, sentuh sana sini bila tangan kotor tak basuh lepas makan, naik atas dan masuk bilik orang tanpa izin, panjat katil orang, lompat2 atas katil orang, bukak almari orang, mintak mainan orang nak buat harta sendiri, dll. Kalau kami buat confirm lah kena marah, cubit atau rotan.

Contoh2 yg D bagi kat atas ni adalah kerenah2 tetamu yg D sendiri alami dan ada juga yg D dengar drpd pengalaman orang lain. Dan sesetengah tingkahlaku yg D sebut ni bukan budak2 kecik yg buat tapi orang yg dah besar matang dan juga yg dah tua.

Masa D budak2 dulu ada juga D complained dgn mak D sebab byk sgt benda dia tak bagi D n adik beradik D buat. D rasa tak puashati lah sebab sepupu2 D parents diaorang tak sekat pun tingkahlaku diaorang. Tapi mak D tak pernah penat explain kat kami adik beradik kenapa sesuatu perangai tu salah dan kenapa adab tu sgt2 penting.

D ingat ada satu kali dulu nenek D bagitau kawan dia yg dia nak datang rumah dgn cucu2 dia. Bila kami sampai dan dah duduk lama sikit, kawan nenek D confessed yg mula2 tu dia rasa tak senang hati bila dengar nenek D nak datang dgn budak2 sebab pengalaman dia budak2 ni tak reti duduk diam. Tapi dia terkejut tengok kami adik beradik duduk diam je tak bangun langsung dari sofa. Kawan nenek D puji cara mak D didik kami adik beradik dan disebabkan kami were well-behaved, dia cakap kat nenek D yg dia mengalu2kan kedatangan kami anytime. Lagi satu yg D ingat is nenek saudara D pun puji adik beradik D duduk elok diam2 masa datang rumah dia.

Mak D didik kami adik beradik bukanlah sebab nak pujian drpd orang. Tapi point dia kat sini ialah orang lain nampak perbezaan budak2 yg dididik dan diaorang hargai, suka dan rasa lega.

Macam mana mak D didik D n adik beradik D, macam tu lah D didik anak D. Memang lumrah budak2 ni ada fasa nak makan suap sendiri, yg nak jgk pegang chocolate sendiri sampai cair chocolate tu dalam tangan, yg suka bermain, yg curious nak sentuh barang2 orang dan macam2 lagi. Kalau disekat selalunya anak akan menangis, mengamuk, menjerit atau tanak makan langsung. Tapi D memang takkan mengalah kalau kat rumah orang atau kat kedai makan. Kalau D biar anak D suap sendiri, nak makan makanan yang rapuh/berserbuk (macam kuih raya, kuih kapit, kerepek, keropok, kek, dll), nak pegang chocolate sendiri, memang akan bersepah dan kotorlah tempat orang. So D akan pegang dan suap makanan ke anak D. Kalau diaorang tak nak disuap, D tak bagi makan full stop. Kalau mengamuk teruk tak berhenti, D angkut anak balik terus.

Jadi parents dan nak didik anak memang bukan perkara yg mudah dan memang memenatkan. Tapi percayalah didikan yg konsisten insyaAllah memang akan membuahkan hasil. Kita parents tak boleh malas mendidik anak kita. Kita tak boleh ambik jalan mudah sebab kita tak nak diaorang mengamuk. Kita tak boleh benarkan anak kita buat perkara yg tak sepatutnya sebab kita tak nak hadap reaksi anak kita bila tingkahlaku diaorang disekat.

Kita ni selalu rasa yg kita hormat pada orang tapi kita kadang2 tak sedar yg tingkahlaku kita tu tak beradab dan sebenarnya menunjukkan yg kita tak hormat pada orang. Kita semua tau adab adalah sebahagian drpd akhlaq dan akhlaq yg baik adalah dituntut dalam Islam. Anak yg dididik elok memang senang nak dibawa ke majlis dan mudah disayangi orang lain. Orang pun senang hati menerima family kita sebagai tetamu dan mengalu2kan kedatangan kita.

Kita kena selalu ingat yg macam mana buruk pun perangai anak kita, kita tetap sayang sebab diaorang anak kita sendiri. Tapi bila anak kita perangai tak elok, orang lain tengok pun tak suka. D rasa kesian dekat budak2 yg tak dididik oleh parents sebab yg salah bukan budak2 tu tapi parents diaorang yg salah sebab tak mendidik.

Kita selalu dengar ayat alaa budak2, biasa la tapi pada pendapat D ayat ni tak boleh digunapakai langsung sebagai alasan. Anak kecik mana tau apa yg betul dan apa yg salah. Budak2 juga kadang2 tak kenal betul dan salah. Sebab diaorang ni masih kecik lah kita sebagai parents wajib mendidik dan melatih secara konsisten sejak awal lagi. Ayat dah tegur dah tapi diaorang buat jgk ni bagi D bunyi macam ayat yg parents guna utk salahkan anak sendiri yg tak reti behave, padahal yg salah tu uoll sendiri sebagai parents yg tak didik dan latih anak uoll. Anak yg tak dididik dgn konsisten memang susah nak ditegur dan mendengar kata. Sekali sekala baru nak suruh duduk diam dan makan elok2 memanglah tak berkesan.

Parents yg buat tak tau je bila anak buat sesuka hati kat tempat orang ni lagilah D tak faham.

Bagi D, orang yg takde adab dan rasa tak perlu hormat tuan rumah je yg akan kata alaa setahun sekali je, alaa sikit je, alaa nanti kemas lah, alaa diaorang nak suap sendiri, alaa tak bagi nanti mengamuk, alaa budak2 umur ni kena ajar suap sendiri alaa anak u pun mesti sama jgk, alaa rumah tuan rumah pun bukan bersih mana pun, alaa itu alaa ini.

Tak semua tuan rumah jenis lantang macam Chef Wan. Macam mana stress dan geram pun setengah tuan rumah diaorang senyum atau diam je sebab nak jaga hubungan dan sebab tak nak tetamu terasa hati. Memang betul kalau tuan rumah sabar dan ikhlas melayan tetamu, insyaAllah byk pahalanya. Tapi tuan rumah pun manusia biasa. Datang buat rumah dia macam rumah sendiri dan buat macam playground, tak semua orang boleh tahan. Tuan rumah jaga rumah dia elok dan bersih tapi uoll datang sukahati tanpa segan silu kotorkan dan sepahkan rumah dia. Ya betul, datang beraya ni setahun sekali je. Tapi setahun sekali pun kita mesti nak orang rasa suka menerima kita sebagai tetamu kan?

Hormat menghormati, beradab sopan, jaga hubungan dan jaga hati ni bukan kena ada dalam diri tuan rumah je. Tetamu pun mesti beradab dan hormat tuan rumah supaya hubungan terpelihara dan silaturrahim kekal erat. Dua2 pihak perlu jaga tingkahlaku.

Kesimpulannya disini ialah:
1. Parents di luar sana, didiklah anak uoll atas sebab utama iaitu adab adalah sebahagian drpd akhlaq dan ini adalah tuntutan agama. Didiklah anak dgn konsisten dan jgn ambil jalan mudah. Bila anak kita buat perkara yg tak sepatutnya, kita perlu explain pada anak kita kenapa tindakan diaorang tu salah. Diaorang tak faham kalau kita hanya marah tanpa explanation.
2. Jaga hubungan dgn menanamkan rasa hormat pada tuan rumah tak kiralah tuan rumah tu saudara mara atau kawan.
3. Bila berkunjung ke tempat orang, pastikan anak uoll tak berlari2 macam kat playground, tak makan merata2, tak biar anak makan bersepah dan tumpah2, tak mengalah bila anak nak makan suap sendiri dgn membuat kotor merata tempat, cepat2 cuci mulut dan tangan anak lepas diaorang makan supaya minyak2 n lengas2 gula tak berjejeran, tak membiarkan tangan dan mulut anak yg kotor sentuh tuan rumah punya sofa, cushion, langsir, dsb, tak sentuh barang2 perhiasan tuan rumah, tak membiarkan anak main naik turun tangga keluar masuk bilik orang, tak ambik barang perhiasan tuan rumah buat mainan, hanya tengok je tingkahlaku anak tanpa menegur dan byk lagi kelakuan yg tak sepatutnya. Hormati tuan punya tempat yg kita kunjungi. Tuan rumah tak sepatutnya rasa dia kena sorok barang2 perhiasan rumah disebabkan anak uoll yg tak dididik dgn betul.
4. Pastikan juga uoll tak mengalah bila anak nak ambik mainan orang lain. Kalau uoll tak larang maka anak uoll akan terbiasa buat dekat semua rumah yg dia pergi.
5. Bertimbangrasa dgn tuan rumah. Tak semua orang ada orang gaji nak tolong kemas. Tak semua tuan rumah ni muda2 ada kudrat nak kemas lepas anak uoll sepahkan. Tak semua orang yang muda ni sihat walafiat nak kemas lepas uoll buat sepah. Tak kira juga kalau rumah orang tu tak bersih mana pun pada mata uoll, kita takde hak nak kotorkan lagi rumah orang lain dgn membiarkan anak kita makan merata2 sesuka hati tumpah sana tumpah sini.
6. Jaga perasaan tuan rumah sebagaimana kita nak tuan rumah jaga perasaan kita sebagai tetamu.
7. Kalau tau anak uoll memang jenis buas tak boleh duduk diam, rasanya lebih eloklah korang elak pergi beraya daripada buat tuan rumah tak senang dgn kedatangan uoll. Walaupun setahun sekali je berkunjung, tak elok kita menyakitkan hati dan menyusahkan orang lain. Sesuatu perkara tu mungkin kecik je pada kita tapi mungkin tidak pada penerima.

Kita manusia takde siapa yg perfect. Sama2 lah kita usaha perbaiki diri dan terus memperbaiki diri.

Assalamualaikum.

D

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *