Betul Ke Fattah Dan Fazura Bakal Bertunang 13 November Ini?

Posted on
Betul Ke Fattah Dan Fazura Bakal Bertunang 13 November Ini?

Anggap sebagai doa. (Pic: Instagram @fattahaminz)

Spekulasi yang mengatakan akan berlangsung majlis pertunangan pada 13 November ini antara Fattah Amin dan Nur Fazura ditepis sendiri pelakon kacak itu.

Bagaimanapun Fattah yang mula mencipta fenomena menerusi drama Suri Hati Mr Pilot di Astro itu menganggap cerita berkaitan bagaikan satu doa.

“Mungkin semua itu hanya khabar angin memandangkan supertelefilem saya dan dia berjudul Wanita Terindah akan dilancarkan esok.

Menyenangi personaliti Fazura.

“Tapi saya anggap itu sebagai doa. Saya mengharapkan doa yang baik baik daripada semua,” katanya kepada Rojak Daily kaw!

Gosip pertunangan itu tidak pelik kerana mereka dilihat semakin intim selepas sama sama membintangi drama Hero Seorang Cinderella pada tahun ini.

Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH 3.0 itu sendiri secara peribadi turut menyenangi personaliti Nur Fazura.

“Dia memang teman artis yang paling rapat dengan saya. Pengalamannya sebagai anak seni banyak dikongsi bersama saya.

Fazura ada aura positif yang luar biasa.

“Termasuk cara bagaimana mengharungi kehidupan sebagai anak seni. Dia sendiri wanita yang sangat berdikari, pandai membawa diri, positif dan ceria.

Aura positif yang dimilikinya sangat luar biasa dan mampu mendorong kita untuk jadi sepertinya,” katanya.

Fattah kini masih meneruskan baki penggambaran drama Coffee Prince yang menggandingkannya dengan Janna Nick.

Drama arahan Michael Ang itu dijangka bersiaran Disember depan.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *