Bersihkan “Sampah” Dalam PC Tanpa Sebarang Aplikasi

Posted on

Untuk membersihkan komputer daripada sebarang “junk file”, “browsing History” dan lain-lain, ramai yang memasang aplikasi pembersih daripada internet, contohnya seperti CC Cleaner. Tahukah anda bahawa aplikasi tersebut boleh dibuat sendiri dengan hanya menggunakan Notepad.

Antara kelebihan membina sendiri aplikasi ialah…

  • Bebas virus
  • Mudah dan pantas, tidak sampai 3 minit
  • Jimat ruang harddisk, hanya bersaiz 6KB sahaja
  • Dapat meningkatkan pengetahuan mengenai proses yang dijalankan oleh PC
  • Menyeronokkan

Berikut antara langkah-langkah yang perlu anda ikuti untuk membina apliksi “homemade” pembersih PC, istimewa daripada kami.

#1. “copy & paste” kod berikut pada Notepad PC anda. Klik sahaja pada >url< ini untuk menyalin kod

pembersih pc wiser

#2. Seterusnya “Save As” dan namakannya sebagai “pencuci PC wiser.bat” kemudian pilih format “All files”. Pilih lokasi yang sesuai untuk anda simpan fail tersebut.

#3. Selesai, sekarang anda sudah anda aplikasi sendiri. Sila “double click” pada fail tersebut untuk menjalankan proses pencucian.

Berikut paparan yang akan muncul, pilih dari nombor 1 sehingga 4 untuk menu pembersihan yang anda inginkan.

Semoga bermanfaat, selamat mencuba.

kredit: wiser.my

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *