Berpantang Maut Sebelum Ajal

Posted on

SEORANG wanita mengalami detik cemas apabila terperosok di bawah lori selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Padang Rengas 4, Taman Kok Lian, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, wanita warga Indonesia yang menaiki basikal dipercayai dirempuh sebuah lori dan hanya mengalami cedera ringan.

Mangsa yang terperangkap cuba diselamatkan penduduk taman perumahan berkenaan namun gagal dan meminta bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Berpantang Maut Sebelum Ajal

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.44 pagi dan sebuah jentera serta enam anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setibanya di lokasi mangsa masih berada di bawah lori dalam keadaan tidak sedarkan diri dan usaha mengeluarkan mangsa segera dilakukan.

“Sebaik berjaya dikeluarkan, mangsa disahkan hanya mengalami kecederaan ringan dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Video dibawah sekadar hiasan.

[embedded content]

Loading…

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *