Berniaga

Posted on

Berniaga

Assalamualaikum w.b.t. pertama saya ucapkan terima kasih buat iium jika disiarkan confession ini.

Baik.
Meniaga tapi

Ada beberapa perkara nak sampaikan buat teguran dan peringatan, maaf jika bahasa kasar atau menyinggung mana mana pihak. Harap boleh perbaiki dalam masa akan datang.

1. Aurat
Ramai peniaga diluar sana tak kira kat pasar malam, online atau dimana sahaja dan apa apa sahaja produk, MESTILAH jaga aurat.
Sekalipun nak bagi testimoni gambar. Kalau make up tu, tunjukkan muka sahaja. Bukan anak rambut, bukan leher. Fokus utama perlu betul.
Kaki ke tangan ke mulut ke rambut ke. Simpan lah elok elok ,esok esok tak pasal pasal orang lain buka aurat orang lain yang kena tanggung jugak. Lagi lagi peniaga online share gambar.

2. Testimoni menipu
Buat peniaga peniaga online diluar sana, jangan hendak lariskan jualan sahaja. Nak jemput rezeki halal tapi caranya tidak kena.
Nak jual produk xx tapi pengguna produk nn yang jadi mangsa. Lepas edit boleh buat caption best best. Pastu, jual? Berkat ke kalau macam tu?

3.Dropship
Makin hari makin ramai yang buat dropship. Maaf nak tegur ye. Kebanyakannya tak jaga langsung dropship (ini bukan kisah reka, terjadi kat ramai kenalan dan diri sendiri). Kata nak untung senang sekian sekian duk bagi janji manis. Coaching class pun takde, diri sendiri belum tentu ada sale.
Guide satu satu, buat serius. Buat dropship pula, orang nak bagi senang jangan nak main main. Kalau taknak atau tak bersedia, takpayah sibuk nak jadi dropship. Pastu, bebel takjadi ke ape ke. Dah boss ajar taknak dengar pulak.

4. Founder.

Kepada founder founder produk diluar sana. Bina imej yang baik. Murah berkesan ke senang pakai ke. Jangan buat khianat kat orang. Jual produk boleh memudaratkan kesihatan terutama gadget atau produk kesihatan. Kita tak selalu diatas. ALLAH Maha Adil. Kejap je dapat kifarah.

5. Iklan b*d*h
Produk apa pun iklan elok sikit. Nak buat rare sekalipun kena guna otak. Jangan buat malu orang meniaga je. Sebab sorang je buat perangai satu komuniti kena. Lagi lagi iklan yang lucah dan penuh dengan carutan.

Terima kasih membaca. Maaf atas teguran yang kurang enak didengar atau bahasa mudah bagi sentap. Maknanya hati tak mati lagi boleh rasa sentap. Berubahlah menjadi lebih baik. Berniaga mengikut sunnah. Bukan hentam keromo je.

xx

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *