Bermandi lumpur

Posted on

Pasir Mas: Meriah dan penuh gelak tawa, itu suasana yang dapat digambarkan di Kampung Pangkal Kala, di sini, kelmarin apabila lebih 100 peserta berkubang di dalam sawah padi sempena Program Penghayatan 1Malaysia Peringkat Komuniti.

Program anjuran Jabatan Penerangan negeri Kelantan itu turut menarik perhatian lebih 1,000 penonton yang datang untuk menyaksikan program berkenaan.

Antara acara dipertandingkan ialah kendong orang sakit, tarik upih, lari berkembar dan pesta menangkap itik.

Program itu membabitkan peserta dari beberapa kampung dalam tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Gelang Mas, Bechah Semak dan Pangkal Kala, di sini.

Peserta acara menangkap itik, Azhar Mamat, 42, berkata, ini kali pertama dia menyertai pertandingan menangkap itik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *