Beraya Di Tirai Besi II

Posted on

Beraya Di Tirai Besi II

Sekali lagi terima kasih admin iiumc sebab sudi siarkan cerita aku part 2. Aku terima semua komen baik/buruk dari semua pihak kat komen. Aku faham, semua orang ada pandangan masing-masing dengan abang dan adik aku.

2-3 hari ni aku duk mikir. Betul ke aku nak cerita kisah abang adik aku kat umum. Aku sebenarnya masih trauma dengan apa yang terjadi walaupun dah berlaku 3 tahun lalu disusuli adik aku.

Tapi takpela. Sebab aku baru balik NSK ni, mata ni tak boleh lelap. Aku nak share la sikit cerita pasal macam mana aku happy kan abang adik aku di balik tirai besi ni. Hahaha

Aku ingat lagi.

Macam biasa, masa aku lawat abang aku, bila no badan abang aku kena panggil, aku terus melulu masuk konti telefon.

Oh ye, masa tu abang aku dah masuk penjara kajang sebab dah jatuh hukum. Penjara kajang ni syok sikit berbanding sg buloh. Sebab ko boleh tengok muka banduan lain yang tengah junpa family dia. Kalau dekat sg buloh, takleh tengok, sebab ade dinding.

So bila aku dah mula duduk kat kerusi, telefon berdering, aku angkat. Aku memang takkan buat muka sedih ke ayat sedih. Aku mesti tanya soalan yang buat dia happy dulu.

Aku suka tanya dia, Weyh, siapa sebelah kanan ko tu? Apa kesalahan dia? Yang abang aku pulak bangang. Selamba dia jawab. Dia ni perogol bersiri, tapi sekarang dah jadi imam teraweh. hahaa.. Lepas tu, aku dengan dia gelak gelak.

Tapi.. bila aku bagi je ganggang tu kat mak aku, aduhhh.. Menangis je dah 10 minit. Aduh.. Memang berkira kira la masa tu. Kira masa bercakap jelah aku, buat aku tak jadi nak sedih sedih.

Masa aku melawat, aku memang orang paling happy. Sebab apa? Sebab aku suka dengar cerita dia masa kat dalam.

Soalan lazim aku tanya dia. 1. Tadi sebelum no badan kena panggil, dia buat apa. 2. Dah makan ke belum. 3. Dah doakan aku ke belum. Hahha..

Part doa tu best. Abang aku cerita. Kalau kat dalam, semua hajat akan di tulis dekat whiteboard. Macam aku, suruh doakan aku GOT Master, dia pun tulis lah kat situ.

Abang aku cerita. Macam macam doa dia baca. Ada yang tulis doakan dapat jumpa isteri dia yang dah 15 tahun tak jumpa dia. Ada tulis harap Allah terima taubat dia lagi 3 bulan nak hukum gantung. Yang paling sebak, ada yang tulis harap Allah buka hati keluarga dia datang melawat sebelum dia kena gantung.

Aku memang takkan tanya dia dah solat ke belum. Sebab dia mesti akan tanya aku. DAH SOLAT MALAM KE BELUM MALAM TADI. Kau jangan. Dorang ni hampir setiap hari qiyam bangun malam solat tau. Aku yang malu dengan dia. Haha

Lepas tu, jangan korang tak tahu. Abang aku keluar je dari penjara, macam macam kemahiran dia ada. Dari tak tahu masak, jadi tahu masak, siap boleh buat roti kek bagai bagai tu tau. Hahha..

Kat dalam penjara ni, bukan setakat ilmu agama, akademik dorang ajar. Kemahiran pun dorang belajar. Macam abang aku, belajar bakeri. Tapi bukan lah kek macam kita kat luar ni ha. Siap ada fondant bagai. Haha. Asal jadi bentuk roti ke kek, kira jadilah. Banyak pulak duit kau nak buat kek 3 tingkat kat dalam tu. Haha..

Dorang ni, setiap hari ada je kerja kena buat. Macam abang aku, kerja dia banyak. Yang paling seram, dia lap dan basuh bilik gantung.

Lepas je banduan dilepaskan dari tali gantung, macam macam keluar dari mulut atau bontot atau hidunh dorang. Nasi la, air la, darah lah.

Jadi, peranan abang aku lah yang bersihkan bilik tu. Punya seram dia bersihkan. Sambil baca ayat kursi. Hahha..

Tapi Alhamdulillah, sampai sekarang arwah arwah takde pulak ganggu. hehe..

Ok la. Mak dah bebel suruh tidur. Esok nak sambung raya lagi. Sebarang perkongsian dan soalan di komen ye.

Kakak

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *