Berakhir penantian panjang

Posted on

Mereka bukan calang-calang. Masing-masing berbakat besar dan mampu menggalas apa saja amanah yang diberi dengan cemerlang.

Bersatu dalam filem Kau Yang Satu, Aaron Aziz, Hisyam Hamid dan Dr Soo Wincci bakal mengusik hati pencinta filem tempatan.

Apatah lagi, filem yang menjalani penggambaran pada 2015 itu dikatakan antara garapan terbaik sutradara hebat Osman Ali.

Penantian panjang tiga figura terkenal ini akan berakhir apabila Kau Yang Satu bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 27 Julai ini.

Menyaksikan karya yang turut dibintangi Izara Aishah itu, pasti penonton akan terbuai dengan lakonan Aaron yang cukup sinonim dengan watak lelaki romantik.

Wincci pula, buat julung kalinya mencabar diri melakonkan watak antagonis dan seksi manakala Hisyam gementar menantikan reaksi orang ramai terhadap penampilan sulungnya di layar perak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *