Benci Pada IIUM

Posted on

Benci Pada IIUM

assalamualaikum.

pertama sekali, saya nak ucap terima kasih jika admin siarkan confession saya ni. dan sebelum baca, please do not judge me. baca dahulu apa yang saya nak kata, then you decide.

okay, sebelum ni, saya hanya buat confession dalam hati je, tapi tak jalan. until i found this site, i feel the need to tell it here. actually more to sharing my experience actually.

kenapa saya kata saya benci IIUM? sebenarnya saya bukan benci IIUM. saya benci kenapa iaitu penyebab saya ke situ. dan saya benci diri sendiri kerana saya rasa saya terlalu bodoh, tidak kuat hati. tapi sekarang, saya boleh cakap yang saya sangat BANGGA menjadi salah seorang warga IIUM. dan saya BERSYUKUR kerana Allah hantar saya ke sana. Sesungguhnya, DIA yang tahu segala sesuatu.

ceritanya macam ni. Saya, boleh dikatakan cemerlang dalam pelajaran -saya selalu dapat single aggregates dalam SRP/SPM dan memang ada cita cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. tapi emak, memang tidak akan melepaskan saya ke mana mana, kalau boleh dia nak saya belajar di kampung tu, kerja di kampung tu. to cut a long story short, saya putuskan ke IIUM kerana pada waktu itu saya rasakan IIUM ialah universiti yang paling resemble universiti luar.

dalam proses tu, pelbagai perkara yang berlaku. di IIUM, saya terkontang kanting kerana saya seorang sahaja daripada sekolah saya yang ke sana. yang lain, ada group/klik masing masing, and i had to tell you that it was so difficult to break the barriers, to make friends with them. banyak perkara duka yg terjadi pertaining to friendship. regardless saya masih ada kawan kawan yg sudi berkawan (baik) dengan saya.

sebelum tamat pembelajaran saya sedar yang saya sebenarnya bukannya bencikan IIUM, saya bencikan diri sendiri kerana tidak kuat untuk mencapai impian saya. saya juga bencikan emak yang sentiasa sahaja menghalang saya daripada kepompong hidup saya. emak pernah kata yang dia akan benarkan saya keluar apabila saya telah bersuami. that kinda thinking- pathetic- tetapi saya tak boleh salahkan emak juga kerana dia hanya being protectiive kerana saya anak perempuannya. betapa sukar emak untuk dapatkan anak peremuan, saya boleh rasakan penantian itu. akhirnya saya jadi seorang yang sangat takut, dan penakut untuk buat apa yang saya nak buat; takut dengan semua perkara; dan takut dengan dunia luar- walaupun hati ini meronta ronta mahu mencuba.

saya hidup bertahun tahun dalam rasa bersalah sehingga suatu hari saya bermimoi akan sesuatu- agak ganjil juga mimpi itu. selepas tu, saya kata kepada diri sendiri I have to let go.

Aku redha, jika aku memang dah ditakdirkan untuk jejakkan kaki keluar daripada tanah Malaysia ini, aku redha.

beberapa hari selepas itu, saya rasa lega. mungkin kerana saya sudah dapat terima takdir yang ditentutkan Allah kepada saya.(note: antara waktu belajar dan bekerja- saya banyak lepaskan peluang yang bagus scholarship from major oil companies, peluang belajar ke overseas, peluang kerja di overseas etc).

mungkin ada yg akan kata- kita kena redha- tentu ada hikmat utk semua tu- saya kata it is easier said than done. bertahun tahun walaupun saya pujuk hati untuk terima semua tuentah, memang susah untu terima semuanya.

a few months later, selepas saya kata secara verbal yang saya redha (bukan dalam hati), things started to chnage. tiba tiba suami tanya saya yang, nak pergi backpacking ke europe?

saya : kita mana ada duit? (waktu tu kami sedang buat saving untuk beli rumah)
suami : kita try, mana tahu ada rezeki.
saya : siapa nak jaga budak-budak? (saya ada 2 anak kecil berumur 6 dan 3 tahun)
suami : kita try tanya kak.
saya: kita kena ajak maybe 2 orang lagi, baru seronok.
suami :saya try tanya my friends

fyi, sebelum berkahwin saya dah simpan duit (ada dlm 10k dalam savings utk saya pergi UK, semata mata untuk capai impian yg tak terlaksana tetapi duit itu saya gunakan utk wedding saya kerana waktu itu saya tak jumpa travel partner utk ke UK)

orang kata, kun fayakun

jika Allah kata jadi maka akan jadi. semua perkara, berlaku dengan sangat senang dalam waktu beberapa bulan. dan kami pergi backpacking ke UK bersama dengan 2 orang kawan dengan aman, walaupun waktu itu saya disahkan hamil anak ke-3, tetapi ia tidak mengganggu plan kami.

apa yang saya nak cakap kat sini ialah. perkataan redha itu apabila diucap secara verbal, kesannya sampai ke hati. tidak sama jika kita berkata kata dalam hati. and miracles started to happen bila kita redha.

so, back to my impian yang tak terlaksana selepas itu (dalam waktu lbh kurang 10 tahun), pelbagai tempat dalam dunia ini yang saya dah kunjungi. dan yang paling saya rasa yang Allah sebenarnya sedang/telah makbulkan impian saya ialah apabila dia telah hantar saya untuk melihat Niagara Falls dengan mata sendiri.

never in my wildest dream to come to USA. hanya cakap cakap pasal travel yang mana kami kata maybe kita ke usa bila dah tua- bnayak duit nak kena kumpul utk ke sana

dan tanpa ribut dan taufan tiba tiba pada suatu hari, suami kata kat saya macam ni kalau saya pergi kerja kat US macam mana?

and in a matter of several months we were already there.

sekarang saya lihat kehidupan serta perkara yg lepas dari lensa drone. banyak yg buat saya berfikir, akan kebesaran Tuhan, akan rancanganNya yang kita hambanya tidak tahu/ dan susah untuk menerima. yang penting kita percaya akan Dia, tetapkan hati untuk Dia. submit to Him. Banyak dugaan yang melanda, dan semua ini, saya tidak akan dapat lalui kalau saya tak lalui kehidupan di IIUM. apa yg dipelajari di IIUM saya ingat. Di situ saya kenali Tuhan saya secara personal, bukan kerana ikutan budaya kerana i was a born muslim.

kerana itu juga hati ini masih teguh. kerana itu juga saya rasa malu atau takut melalui jalan di New York atau mana mana tempat di negara luar dengan tudung di kepala. kerana itu juga buat saya lebih grounded. Everything seemed to go incircle (selepas saya berkata saya redha).

note :

Now I am living my dream- living in overseas. saya tidak bekerja. sebenarnya saya boleh bekerja tetapi saya memilih untuk tidak bekerja kerana saya ada perkara lain yang lebih memerlukan perhatian saya. yang penting, semua keputusan itu saya buat pilihan sendiri, tanpa paksaan. dan saya dengan senang hati melepaskan peluang untuk menimba pengalaman untuk bekerja di luar negara kerana saya dah tahu.

maaf, terlebih panjang barangkali. cerita 30 tahun saya compressed di sini. saya harap adik adik yang baru memulakan kehidupan- yg tengah belajar atau bekerja, lakukan dengan senang hati. jika ada sesuatu yang dirasakan menganggu fikiran dan hati, look back, and the most important is, go back to Him.

now, I feel proud to be part of IIUM community. mungkin belajar di luar negara itu lebih seronok dan boleh belajar banyak perkara, tetapi saya percaya, pada waktu itu, I NEEDED NONE OTHER THAN IIUM.

zura

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *