Belum bincang tema majlis

Posted on

Sambutan Aidilfitri tahun ini cukup istimewa buat pelakon popular Siti Saleha, 27, kerana ia adalah Aidilfitri terakhirnya sebagai wanita bujang.

Bintang drama bersiri Tujuh Hari Mencintaiku ini bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Lutfi Azhar, 31, pada 28 Julai ini.

“Tahun depan saya akan menyambut Aidilfitri bersama suami. Oleh kerana Aidilfitri ini yang terakhir sebagai wanita solo, saya mahu menikmati suasananya,” katanya kepada RAP, baru-baru ini.

Walaupun tarikh pernikahan semakin dekat, Saleha berkata, perasaan gementar belum datang namun dia sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri.

“Buat masa ini, perasaan saya bercampur dan akan rasa gementar pada hari pernikahan nanti. Perkahwinan adalah perkara baik dan yakin Lutfi adalah jodoh saya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *