Bekas doktor HKL didakwa melakukan seks terlampau dengan tukang cuci dalam bilik menyusu bayi

Posted on

Bekas doktor hospital dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan termasuk melakukan hubungan seks tanpa kebenaran dan kelucahan melampau terhadap tukang cuci, tahun lalu.

Ahmad Ahnaf Kamarulizham, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Shamsudin Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan hubungan seks dengan mangsa 56 tahun tanpa kebenarannya dan didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa atas pertuduhan pilihan iaitu menggunakan kekerasan jenayah terhadap wanita berkenaan dengan hendak mencabul kehormatannya mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

https://3.bp.blogspot.com/-RqdimyrZgVw/WLQVri7qoTI/AAAAAAAACAU/0WBbkZRItm4arg7Tnb-LssqPCdT6GwW_gCLcB/s1600/1.png


Manakala bagi pertuduhan kedua, Ahmad Ahnaf didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa yang sama dengan membuka seluar dan menunjukkan kemaluan serta melakukan onani di hadapan mangsa.


Dakwaan bagi perbuatan itu dibuat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik bersimbol ‘ Menyusu Bayi’ dan tertera tulisan L4-PA-07, Aras 5 Kompleks Pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL), antara jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi, 18 Mac 2015.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sekali sebulan. Tarikh sebutan ditetapkan pada 28 September ini.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *