Bayi perempuan yang lahir dengan kepala tambahan di bahagian perut…KUASA ALLAH

Posted on

SubahanAllah….
#~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*BAYI LAHIR DENGAN KEPALA ‘EXTRA’ SELAMAT*
************************************
4 MAY 2017 (KHAMIS)
************************************
(Kanan) Bayi perempuan yang lahir dengan kepala tambahan di bahagian perut.
*************************************
JAIPUR – INDIA. Seorang bayi perempuan yang lahir dengan kepala kembar ‘parasit’ di bahagian perut selamat dibedah.

Menurut laporan News.com, bayi berkenaan lahir di hospital Ram Snehi bulan lepas.
Doktor yang menyambut kelahiran berkenaan bagaimanapun terkejut kerana terdapat kepala ‘tambahan’ yang lengkap dengan mulut, hidung, telinga dan mata melekat di badan bayi tersebut.
Ketua Bedah Pediatrik, Dr Pravin Mathur berjaya meyakinkan ibu bapa bayi berkenaan supaya anak mereka menjalani pembedahan membuang kepala parasit tersebut.
“Mereka sangat dukacita apabila melihat bayi mereka. Kami terpaksa meyakinkan mereka untuk bersetuju bayi mereka dibedah demi menyelamatkannya nyawanya,” kata Dr Pravin.
Kata Dr Pravin, jika bayi tersebut tidak dibedah, anak mereka berpotensi menghidap penyakit septicaemia.
Demi pembedahan tersebut juga, pihak hospital didakwa tidak mengenakan sebarang kos pembedahan dan rawatan tambahan.
Selepas menjalani operasi pembedahan selama empat jam, kepala tambahan tersebut berjaya diasingkan.
“Mereka bersambung melalui thorax dan berkongsi salur darah dari jantung dan buah pinggang.
“Ini adalah antara kes kembar parasit yang jarang ditemui. Ia juga sangat kompleks kerana mereka berkongsi salur darah,” jelas Dr Pravin.
Bayi tersebut dijangka sembuh dalam masa terdekat.
Copy by:SINAR
••••••••••••••••••••
# *HENNARANI*
# *IBSD*🌏
# *IBS*

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *