Barca mahu Verratti

Posted on

Madrid: Barcelona mahu cuba mendapatkan Marco Verratti dan pemain tengah Paris Saint-Germain itu juga berminat berpindah ke Camp Nou, kata presiden kelab Catalan Josep Maria Bartomeu.

Bagaimanapun, Bartomeu berkata, usaha mendapatkan pemain antarabangsa Itali itu menjadi semakin sukar apabila PSG sama sekali enggan melepaskan pemain berusia 24 tahun berkenaan.

Kelab Perancis terbabit enggan melayan tawaran yang dikemukakan Barca untuk mendapatkan Verratti dan media tempatan melaporkan kelab gergasi Sepanyol itu sedia membayar yuran perpindahan sebanyak €80 juta (RM392.4 juta).

“Kami sukakan pemain seperti Verratti,” kata Bartomeu. “(Pengarah sukan) Robert (Fernandez) mahu membawanya masuk, begitu juga dengan (jurulatih skuad utama, Ernesto) Valverde dan (pengurus besar Pep) Segura. Kami tahu apa yang membuatkan pemain mahu ke Barca.

“Masalah ketika ini ialah PSG memberitahu kami mereka enggan berbincang. Ketiadaan klausa pelepasan di dalam kontrak pemain itu juga mengakibatkan tidak ada orang yang boleh membelinya sesuka hati.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *