Bantuan bulanan untuk kolej komuniti

Posted on

KUALA LUMPUR: Terdapat banyak perkara yang menjadi harapan rakyat dalam Pembentangan Bajet 2018 Jumaat ini, antaranya termasuk bantuan kewangan untuk institusi kemahiran seperti kolej komuniti.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Madeline Berma berkata, kerajaan perlu memperbanyakkan dan mempermudahkan bantuan untuk institusi pendidikan tersebut.

Antara yang boleh dilakukan, katanya, ialah dengan memberi bantuan kewangan RM100 sebulan kepada golongan berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan.

Latihan yang diperolehi di kolej komuniti mampu melahirkan pekerja berkemahiran tinggi dan mengurangkan kebergantungan kerajaan terhadap tenaga kerja asing.
Dalam perkembangan sama, Madeline menyatakan, sempena pembentangan Bajet 2018 nanti, taraf pengangkutan awam diharap dapat dipertingkatkan memandangkan ia kini menjadi keperluan utama rakyat.

Madeline turut berharap Bajet 2018 akan memberi insentif seperti kad diskaun kesetiaan kepada pengguna pengangkutan awam dengan isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

Dengan insentif ini, ia seterusnya dapat membantu mengurangkan perbelanjaan isi rumah bagi kelompok B40 ini.

Untuk mengetahui sama ada harapan anda dalam Bajet 2018 ini akan dipenuhi, ikuti pembentangan Bajet 2018 di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com 27 Oktober ini.

Ketahui semua tentang Bajet 2018 di sini.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *