Bank salah masuk wang, pelanggan joli RM4,305,153.85 dipenjara 12 bulan

Posted on

LEICESTER – ENGLAND. Seorang lelaki dihukum penjara 12 bulan selepas menggunakan wang yang bukan miliknya.

Menurut laporan Telegraph, Sandeep Singh menerima AS$1,019,695.37 (RM4,305,153.85) gara-gara kesilapan sebuah bank, DC Payments.

Sandeep yang berasal dari Leicester kemudian membeli sebuah rumah menggunakan wang tersebut dan menghantar AS$106,132.80 (RM448,092.68) ke India.

Bank salah masuk wang, pelanggan joli RM4,305,153.85 dipenjara 12 bulan

Bank salah masuk wang, pelanggan joli RM4,305,153.85 dipenjara 12 bulan

Wang yang diterima oleh Sandeep sepatutnya dimasukkan ke akaun Rubicon Casino yang terletak di Wolverhampton.

Sandeep didapati bersalah kerana tidak memberitahu pihak bank mengenai kesilapan tersebut.

“Terdapat banyak cara untuk memberitahu pihak bank, perkara ini akan menjadi lebih mudah jika kesilapan ini dimaklumkan,” kata hakim, Nicholas Dean QC.

Sandeep telah membelanjakan wang tersebut sepanjang tempoh Oktober 2014 sehingga Oktober 2016.

Sumber: Sinar

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *