‘Bangkit lebih gagah’

Posted on

Manchester, United Kingdom: Pep Guardiola berkata, prestasi Manchester City di tempat sendiri perlu ditingkatkan musim depan jika mereka berhasrat untuk mencabar gelaran juara dan ingatan itu diluahkan selepas mereka menewaskan West Bromwich Albion semalam.

Musim pertama Guardiola di Liga Perdana Inggeris akan tamat selepas aksi menentang Watford di tempat lawan, Ahad ini dengan pengendali itu gagal memenangi sebarang piala buat kali pertama sepanjang bergelar jurulatih.

Tetapi kemenangan 3-1 ke atas West Brom sepatutnya cukup untuk mereka menamatkan musim di kelompok empat teratas serta layak ke Liga Juara-Juara musim depan dan kemenangan ke atas Watford memastikan City tidak perlu mengharungi aksi playoff.

“Saya tidak berkata bahawa kedudukan di tangga keempat sudah memadai tetapi Arsenal perlu menang dengan kelebihan lima atau enam gol ke atas Everton yang dibimbing rakan saya Ronald Koeman,” kata pengurus City Guardiola.

“Kami sudah berada di landasan tepat dan kami akan bertandang ke London untuk cuba menamatkan saingan di tangga ketiga sekali gus layak secara merit ke Liga Juara-Juara. Saya gembira kerana semuanya terpulang kepada kami.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *