Banduan Mahukan Patung Seks Di Dalam Penjara

Posted on

Seorang banduan berkempen supaya patung seks dibenarkan digunakan di penjara supaya penghuni dapat “menikmati keseronokan” di sebalik tirai besi.

Seorang banduan berkempen supaya patung seks dibenarkan digunakan di penjara supaya penghuni dapat “menikmati keseronokan” di sebalik tirai besi.

Jack Swarez yang merupakan banduan di sebuah penjara HMP Lowdham Grange di Nottinghamshire di United Kingdom percaya patung seks dapat memperbaiki sikap penghuni dengan meningkatkan hormon testosteron mereka.

Dia mendakwa idea itu tidak akan membabitkan bajet kerajaan kerana banduan sanggup mengeluarkan wang poket mereka sendiri.

Swarez yang menulis di laman web penjara Inside Time berkata: “Masalahnya penjara kami dipenuhi lelaki-lelaki muda dengan hormon testosteron yang mahukan keseronokan. Keadaan di sini yang tidak seronok menyebabkan mereka tidak tenang dan mungkin bertidak di luar kawalan.

“Saya mempunyai cadangan yang perlu diberikan pertimbangan sewajarnya. Ia mungkin membantu mengatasi masalah yang berlaku, dan menghilangkan tekanan mereka, dan kesannya akan memberikan kebaikan kepada negara kelak.

“Idea ini timbul semasa saya menonton sebuah dokumentari di saluran 4 yang menunjukkan sekumpulan lelaki yang hidup bersama ‘patung’ berkenaan. Saya dapati kesemua lelaki ini kelihatan gembira dan tidak tertekan.

“Banduan boleh menghabiskan masa mereka bersama dengan ‘pasangan’ masing-masing di penjara sebagaimana yang sering dilakukan dengan pasangan sebenar,” katanya. – mStar Online

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *