Bakal Mertua Tak Restu

Posted on

Bakal Mertua Tak Restu

Salam semua dan thanks pada admin sebab approve confession aku ni.

Nama aku Man, dan aku berasal jadi Johor. Berumur 27 tahun dan sekarang bekerja di Selangor dalam bidang akaun. Aku bercadang untuk berkahwin pada hujung tahun depan dengan Ayu (bakal orang umah). Aku kenal Ayu sewaktu dia masih belajar dan aku dah bekerja. Dari awal kenal Ayu aku memang dah cakap yang aku kenal dia bukan setakat nak berkawan, bercinta main-main semua ni. Sebab waktu tu aku dah umur 25, alhamdulillah dah ada kerja tetap hidup dah stabil jadi berhasrat untuk menamatkan zaman bujang. Tapi disebabkan Ayu masih lagi belajar waktu tu, mak ayah dia minta aku tunggu sampai Ayu abis belajar.

Aku dan Ayu ni kiranya dalam kategori percintaan jarak jauh. Ayu asal dari Selangor dan belajar di Penang. Jadi kalau kiteorang jumpa pun time dia balik cuti sem. Tu pun setakat aku ambil dia dari bustand dan hantar ke rumah. Kiteorang tak pernah keluar dating berdua. Aku hormat dia macam mana seorang wanita tu layak dihomarti. Tapi mesej tu selalu la, tu je la pun yang mampu untuk merawat rindu di hati (perghhh). Aku acap kali ke rumah orang tua Ayu untuk perkenalkan diri dan bagitau aku sedang berkawan dengan anak diorang. Alhamdulillah respon yang baik cuma mak Ayu agak susah hati sebab aku orang jauh. Maksud jauh tu, aku kan asal Johor cume bekerja je di Selangor ni.

Awal-awal tu aku cume rase normal la kot seorang mak rasa macam tu, kalau boleh nak anak kawin dengan orang dekat-dekat je. Ape-ape senang balik melawat, balik raya dan apa-apa lagi lah yang senang.Niat aku berkawan dengan Ayu pun sebab nak ambik dia sebagai isteri jadi tahun ni aku dah buat persiapan yang sepatutnya. Memandangkan Ayu baru abis belajar tahun ni, jadi aku bercadang untuk bertunang dahulu dan ikat selama setahun. Setahun itulah peluang Ayu untuk bekerja dan berjasa berbakti dulu pada orang tua sebelum jadi isteri orang.

Malangnya sebulan sebelum Ayu abis belajar, satu malam tu dia ade hantar screenshot perbualan dia dan mak dia. Dalam screenshot tu ada mak dia bagitau yang ada kawan dia dekat-dekat situ ( dekat2 rumah mak ayu tu la) berminat dengan si Ayu dan nak bermenantukan si Ayu tu. Lepas aku tengok wasap tu, nyaris jugak air mata jantan aku keluar. 2 tahun aku tunggu Ayu sampai abis belajar, macam tu je mak Ayu boleh cakap. kawan mak ni ada berkenan dengan kau Ayu. Habis aku selama ni, bukannya dia tak tahu yang Ayu tu dah berkawan lama dengan Ayu.

Cuma Ayu pada malam tu minta aku bertenang dan dia cakap akan kol semula mak dia untuk cakap pasal hal ni. Aku suruh Ayu kol esok harinya jugak untuk dapatkan kepastian. Mende-mende macam ni mana boleh tunggu lama, buatnya mak dia nak jugak? Tak makan hati berulam jantung aku nanti?. Esoknye Ayu bagitau yang dia dah kol mak dia dan yang sebenarnya mak dia suruh Ayu fikir-fikirkan. Kalau dapat yang dekat lagi bagus. Kalau nak teruskan dengan aku pun takpe jugak, mak dia ok je. Ayu abis belajar seminggu selepas puasa dan aku bercadang untuk merisik dia pada raya ke-4 nanti. Aku bagitau Ayu suruh inform pada keluarga dia dan aku pun bagitau mak ayah aku pasal ni dan diorang pun ok.

Awal tahun ni, alhamdulillah aku dapat tawaran bekerja di sektor kerajaan di kampung halaman sendiri JB,jadi aku rase aku mampu uruskan masa dengan lebih baik berbanding waktu kerja shift sebelum ni, Dan misalkata Ayu terpakse ikut aku pindah ke JB, sabtu ahad kiteorang masih ada masa untuk balik Selangor, balik pun ikut highway dalam 3 jam takde masalah. Aku tetap masih fikirkan keluarga Ayu sebab aku betul-betul takut kehilangan Ayu.

Baiklah sambung semula. Sehinggalah berbaki 3 hari lagi nak raya, Ayu cakap yang mak dan ayah dia tak setuju untuk datang merisik raya nanti. Sibuk dengan orang datang beraya dan bla bla bla. Dalam hati aku tak best dah, datang merisik ni bukan macam bertunang, nak ada majlis bagai. Lagi la zaman sekarang ni bertunang dah macam kahwin. Untuk merisik ni cume keluarga aku je datang pergi ke rumah dia. Takde beze pun kalau dengan datang beraya cume bawak cincin je. Orang tua Ayu memang keras-keras taknak keluarga aku datang merisik dengan alasan yang sama. Aku tenang dengan setenangnya dan inform pada family aku yang Ayu ni keluarga besar ( memang besar pun ahli keluarganya ) dan takut terkejar melayan tetamu. Family aku paham dan aku pun ok.

Raya ke-7 aritu memang busy dengan melayan tetamu jadi aku pun takde masa sangat untuk bermesej dengan Ayu sekadar tegur-tegur begitu je. Cume yang hairannya setiap kali dia balas mesej, dia akan minta maaf. Damn, sekali lagi hati aku tak sedap. Malam tu aku mesej Ayu kenape dia asyik minta maaf dan dia ceritakan semua kat aku. Kah kah kah, keluar beb air mata jantan, menangis tak berhenti mengadap telefon. Ape yang Ayu cakap? Mak Ayah dia suruh Ayu berhenti berkawan dengan aku. FULL STOP! Mak ayah Ayu tegas dengan pendirian mereka yang nak jodoh anak mereka orang dekat-dekat je.B

Aku ceritakan sedikit hal tentang Ayu dan kenapa aku memilih dia sebagai bakal permaisuri hidup aku.Ayu ni seorang yang manis dan cantik dan kalau tengok pada zahirnya amatlah tidak sesuai dengan aku yang bersaiz XXXL ni. Sebab cantik dan manis je ke yang buat aku suka? Tak, bukan tu je. Aku kagum dengan Ayu sebab dia pandai serba serbi serta rajin. Dia pandai masak, dia pandai menjahit, boleh jaga orang tua dan macam-macam lagi. Bukannya aku nak puji melambung tapi kualiti yang ada pada Ayu dah susah nak cari zaman sekarang ni. Ada ramai yang macam Ayu, tapi susah nak cari. Jadi bile aku dah jumpa, tak mungkin aku akan lepaskan. Tahap mana cinta kami? Cukuplah sekadar Ayu mampu terime segala kelemahan yang aku ada, badan besar, gaji tak besar, tak hensem berbanding dia yang amat jauh beze sekali dari aku.Aku bersyukur Allah ketemukan aku dengan Ayu dan aku sentiasa berdoa supaya jodoh aku dan dia panjang.

Jadi patah balik semula part mak ayah Ayu suruh dia berhenti kawan dengan aku. Aku tak tahu bagi respon apa. Air mata mengalir tak berhenti. Jiwa aku rasa kosong sangat, macam rase roh keluar dari badan.tak tau la, tak dapat nak tulis macam mane perasaan dia. Setelah sekian lama kami berkawan, mak ayah dia boleh buat kata putus macam tu je.

Panjang sangat dah menaip dan aku takut ada yang tak paham cerite ni, aku akan buat buat kesimpulan dan harap sangat korang semua dapat bagi pendapat.

Kesimpulannye cerite aku ni,

Aku nak kahwin tapi bakal mertua tak setuju sebab aku orang jauh

Sabtu ni 8.7.2017 ( aku tak tahu bile confession ni admin post) aku akan ke rumah orang tua Ayu untuk dengar sendiri dari mulut diorang, dan aku akan cube jelaskan yang jarak tu takkan halang dari Ayu akan selalu balik ke kampung. Dan sekiranya mereka tetap bertegas dengan pendirian mereke, adil ke semua mende ni untuk aku, kenape perlu tunggu sekarang baru cakap. Setelah bertahun dengan Ayu. Apa yang boleh aku buat? Lupekan dan move on? Semudah tu? Gaiss please, help me out. Ahad atau isnin aku akan update semula. Tu pun kalau confession ni ade sambutan.

Maaf penulisan agak bertabur, aku tak pernah karang panjang-panjang macamni. Boleh je tanye apa-apa kalau ade yang tak paham atau konpius.

Azman

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *