Baju Pengantin Yang Cantik Ini Sebenarnya Adalah Sebiji Kek

Posted on

Selalunya, kek untuk majlis perkahwinan direka dalam bentuk bertingkat-tingkat dan akan dihiasi dengan bunga-bunga yang dibuat daripada icing.

Namun baru-baru ini, seorang pereka kek telah membuat kejutan dengan mereka sebiji kek dalam bentuk gaun baju pengantin yang sangat cantik.

Kek yang dibuat oleh Emma Jayne dari Emma Jayne Cake Design ini direka berdasarkan kepada rekaan sepasang baju pengantin yang lengkap dengan bunga-bunga, renda-renda dan lain-lain aksesori yang wajib ada pada baju pengantin perempuan.

Meskipun cantik dan boleh dimakan, namun kek ini bukanlah dibuat untuk majlis perkahwinan, sebaliknya ianya dibuat khas untuk acara Alexandra Palace Cake International Competition.

Sekiranya tidak diberitahu perkara sebenar, tidak mustahil ramai yang tidak mengetahui yang ‘baju pengantin’ ini sebenarnya adalah sebiji kek sehinggalah ia mencair dengan sendirinya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *