Bagimu Rezekimu

Posted on

Bagimu, Rezekimu

Assalamualaikum

Saya ex student oversea. SPM saya melayakkan saya ke oversea. Kalau introduce saya ex student oversea awal2 pasti dah ada stigma dalam pemikiran masing2 kan. Saya biasanya takkan bagitau saya saya dulu belajar kat mana, unless orang bertanya. Kat sini saya anon, so saya tak ralat bagitau saya pernah belajar oversea..

Manusia biasa tengok surface, bestnya dia main saljibestnya dia pakai kot tebal2 Without knowing the reality. Bukannya saya nak cakap tak best belajar oversea. Cuma you have to look at the other side, so that you will appreciate what Allah has planned for you. Tak nafikan beruntungnya budak2 oversea dapat duit belanja, boleh travel tapi you dont know what they had sacrificed.

Saya bukan kategori genius,jenis tak belajar pun boleh score senang2. Saya kene pulun utk dapat result yg baik dlm SPM. Saya plan buat jadual belajar, masa orang lain tengah seronok layan backstreet boys, new boyz.. sape cakap tak jeles tengok orang lain ada masa outing dengan kapel dekat exam, takpun study kat kafe dgn kapel masing2. saya pulak kena belajar betul2 sbb saya sedar hanya pelajaran boleh ubah hidup saya. Saya anak yatim dr umur 12 tahun, saya ada 4 orang adik kecil, mak saya tak bekerja hanya harap pencen ayah yg tak seberapa.

Tak ada orang tau saya anak yatim sampailah saya dah graduate. Mungkin seorang dua yg tahu. Saya kirim duit belanja utk adik2 saya tiap2 bulan, simpankan duit utk mak saya pergi haji sebab kalau saya tak tolong, mak saya takkan mampu. Habis belajar, mak saya dah cukup belanja rm10k utk pergi haji. Saya buat part time utk travel, ye lah dah ada peluang kat sana, takkan pergi balik class je hari2, atau duduk menung mengadap dinding waktu cuti panjang. Whatever condition, saya tak rasa saya susah sbb saya tahu ramai lg yg susah drpd saya. Ada kawan yg kena support mak sakit umur 60 tahun, ada yg kena survive sendiri sebab parent bercerai dll. I tell you dalam batch saya let say 200 orang, hanya 30 org yg daripada keluarga senang dan berada. Yg lain2 ada kondisi masing2 yg awak tak tahu. Not everyone suka canang2 kesusahan hidup (ingat best ke pancing simpati?)

Tercampak seorang2 kat tempat yg kurang orang islam, tak ada kawan utk bersembang, bila balik dari kelas, tengok dinding kiri kanan tiap2 hari. balik malaysia dua tahun sekali (zaman tu belum ada tambang murah air asia), menangis hari2 sebab tak faham lecturer cakap dialek apa, macam mana nak jawab exam huuuu, google belum advance masa tu, you have to translate everything utk fahamkan satu2 topik. (Of course bukan english country). Balik dah maghrib kena masak, kena beli barang dapur lg. Bukan dekat tempat kedai halal tuu. Kalau tak masak, tak ada makanan turun dr langit. Kena lagi Sejukkk giler kat luar tu, beku kepala otak, jalan pulak kena hati2 kalau tak mati tergelincir (kau ingat best ada salji?) Habis minyak utk heater, mereputlah kesejukan dan kelaparan. All of this awak kena hadap 4-6 tahun. Itu satu penderaan mental dan emosi tau. Boleh kata 30% batch saya tak tahu hidup @ mati dah. Missing in action..

Sekurang2 nya awak kat sini nak makan apa boleh, bergaduh dgn kawan A, boleh carik lg kawan BCDEF, takpun mengadu kat mak. Saya telefon kat mak takkan saya cerita hal2 tak best sebab taknak keluarga kat tanah air susah hati. Update gambar kat media sosial itu je lah kot pengubat hati. Nak cakap dgn orang takde, taiplah sembang kat hp, gelak ketawa sorang2..(lagi best lepak mamak) pakwe pulak tak ada, ye lah sape nak kat saya yg spek tebal, lagi pulak pakwe takde dlm kamus hidup saya, nak bantu family itu lagi tebal nak hadap.

Bila saya kerja dah hampir 8 tahun ni, bukan takde orang perdajal saya, dengan takde valid reason. Sebab saya pernah belajar oversea. saya ulang, SEBAB saya pernah belajar oversea, because of that. Sedih! Bukan sedih kat diri sendiri kena perdajal. (Saya anggap itu ujian utk saya). Tapi sedih singkatnya pemikiran itu. Tolong jangan sempitkan pemikiran awak. Kalau awak rasa dapat pergi oversea tu satu goal awak, rasa dah yahooooooo, strive for it! Awak tak dapat sekarang masa zaman belajar,nanti awak kerja awak boleh kumpul duit. Pergilah mana2 yg awak nak. But please jangan samakan gol awak dgn gol orang lain. Dan please jangan perdajal orang lain sebab awak tak dapat apa yg awak nak.

Seperti saya bagitau, sangat ramai student oversea menanggung kesusahan hidup yg awak tak mungkin tahu. Mungkin yg awak nampak showing off tu berapa kerat je sebenarnya. Tak sikit pun yg humble. Balik keje kat malaysia pakai kereta buatan malaysia, takpun naik bas dan lrt Because they know banyak lagi tanggungjawab lain selain cita2 peribadi. Mereka belajar, mereka usaha, mereka berkorban lebih awal. Mungkin sebab tu rezeki mereka awal. Plan Allah utk mereka lain, plan Allah utk awak lain. Once awak dapat apa yg awak hajatkan, awak akan rasa kemanisannya.

Yg penting jangan pernah putus harap, yakinlah Allah sentiasa mendengar setiap satu yg awak doakan. Dan jangan pernah henti bersyukur. umur saya 30++, kerap saya dengar orang sekeliling saya dapat apa yg mereka hajatkan. Cuma cepat @ lambat. Itu rahsia Allah kan.. kita takkan pernah tahu. Sangkalah yg baik2 inshaAllah yg datang juga baik2. Berimpi lah berdoalah banyak2 dan jangan menzalimi sesama makhluk. Yakinlah rezeki utk awak, itu dah yg TERBAIK.

Kak Non

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *