Bagaimana seorang isteri dapat membantu suaminya sewaktu si suami behadapan dengan permasalahan

Posted on

Kesulitan dan permasalahan dalam rumah tangga adalah normal. Tetapi bagaimana kita bertoleransi dan menyokong antara satu sama lain itu adalah lebih utama untuk menjayakan kehidupan sepasang suami dan isteri.

Bagaimana seorang isteri dapat membantu suaminya sewaktu si suami behadapan dengan permasalahan. Ikuti 6 langkah mudah ini:

#1. Sentiasa berdiri teguh di samping suami.

Allah s.w.t memberitahu bahawa ” Kami memberikan laki-laki permasalahan yang tertentu bagi mereka” 90:4 dan
 ” Hadapi dengan sabar walau apapun diberikan kepada kamu” 31:17

Walau apa pun masalah yang di hadapi oleh si suami, anda perlu sentiasa menyokongnya dari belakang dan jangan lah membebani masalah yang sudak sekian ada. Kerana masalah bagi si suami itu lebih berat di samping tanggung jawab nya.

#2. Sentiasa berdoa untuk si suami

Jika kita menyayangi Allah, Allah akan menyayangi kita lebih daripada itu. Itu adalah janji nya. Maka senantiasa lah berdoa untuk suami  dan berbuat kebaikan. Bantuan daripada Allah itu adalah pasti, cuma kita sedar atau tidak.

#3. Jangan merungut.

Walau apa pun masalah yang datang kepada si suami, jangan lah anda merungut dan mengomel. Kerana ia akan bertambah beban kepada si suami. Elok-elok nak selesaikan masalah, dah bertambah masalah kerana bergaduh antara suami dan isteri. Terima masalah itu dan berbincang bersama bagaimana untuk menyelesaikannya.

#4. Berikan cadangan atau idea untuk menyelesaikan masalah.

Brainstorm dan berbincang bersama bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu. Jika cadangan pertama gagal, maka berbincang lagi sehingga jumpa satu idea yang dapat memberikan kebaikan kepada kedua-duanya.

Jangan hanya tetap pada satu cadangan sahaja, dan jika cadangan atau idea itu gagal, anda kembali bergaduh dan menyalah kan antara satu sama lain. Itu adalah salah. Berbincang kembali. Kejayaan tidak akan datang dengan percubaan yang pertama.

#5. Berikan si suami masa.

Masa yang berkualiti bersama si suami adalah sangat penting. Sentiasa bersabar dan jang menambahkan beban suami. Relax, ada jalan penyelesaian nya.

Pada masa ini, si suami perlukan sokongan dari anda, maka anda jadilah sokongan yang terbaik buat suami, dan jangan merungut.

#6. Senyum

Maksud admin, anda buatlah si suami tersenyum, buatkan dia berasa gembira dan tenang untuk mengurangkan beban yang di hadapinya. Senyum itukan sedekah dan sunnah, jika anda sentiasa senyum dan tenang semasa suami mengahadapi masalah, tenang lah sedikit hati si dia.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *