Badal haji tipu

Posted on

Kuala Lumpur: Ada antara mereka yang tampil dengan serban tebal dan menunjukkan kepetahan berbahasa Arab. Malah, ada yang mahu mengambil seberapa banyak badal haji untuk melaksanakannya secara sekali gus.

Pakar dalam urusan haji dan umrah Malaysia Datuk Daud Che Ngah berkongsi pengalamannya mengenai gelagat sesetengah pihak yang ingin mengaut keuntungan melalui badal haji apabila tiba musim haji.

Menurutnya, mereka yang berebut-rebut semata-mata bagi mendapatkan upah melaksanakan ibadat itu tanpa mengambil kira syarat pelaksanaannya boleh dikatakan sebagai ‘pencari duit’.

“Apabila datang saja jemaah haji dari Malaysia, mereka datang bertanya sesiapa yang ingin melaksanakan badal haji. Kalau boleh mereka mahu menghimpunkan lebih banyak untuk dibuat sekali gus kerana menguntungkan, sedangkan cara itu tidak dibolehkan.

“Sebab itu, kami tidak memberikan pelaksanaan ibadat ini kepada orang tidak dikenali atau tanpa usul periksa. Kami melihat kriteria tertentu sebelum memberikan kepada mereka,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *