Azmin Ali Tuntut Utusan Tarik Laporan ‘Azmin Benar Pesta Arak’.

Posted on

Akhbar Utusan Malaysia hari ini telah mengeluarkan kenyataan mengenai Menteri Besar Selangor Datuk Azmin Ali di muka surat hadapan akhbar berkenaan yang dikatakan bertujuan mengelirukan orang ramai.

Walaubagaimanapun, Azmin hari ini telah mengarahkan peguamnya untuk mengeluarkan surat tuntutan kepada Utusan Malaysia kerana mendakwa beliau membenarkan pesta arak diadakan di negeri itu.

Menurut laporan Malaysia Kini, pejabat menteri besar Selangor telah pun mengeluarkan kenyataan membidas kemabli laporan muka depan akhbar milik Umno itu adalah tidak benar dan hanya bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.

Sehubungan itu, akhbar itu dituntut menarik balik laporan tersebut tanpa syarat, permohonan maaf secara terbuka dan ganti rugi dari Utusan Malaysia.

Akhbar itu hari ini memaparkan tajuk utama “Azmin benar pesta arak” manakala tajuk kecilnya pula berbunyi “Tidak hirau amaran PDRM mengenai ancaman pengganas”.

Perenggan pertama laporan itu menyebut bahawa “Kerajaan PKR Selangor tidak akan menghalang jika pesta arak Better Beer Festival 2017” mahu diadakan di negeri ini.

Ia memparafrasakan ayat-ayat Azmin yang kononnya berkata, ini sejajar dengan prinsip yang dipegang oleh kerajaan negeri Selangor iaitu untuk menghormati hak kaum dan agama lain.

Satu laporan lain memetik pemimpin PAS dan sebuah NGO Melayu yang membidas Azmin.

Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi dipetik sebagai berkata, arak bukanlah milik mana-mana agama atau kaum dan arak jelas ditentang oleh semua agama.

Sementara itu, pejabat Menteri Besar Selangor menjelaskan bahawa Azmin pada sidang akhbar semalam, memaklumkan bahawa sebarang majlis memerlukan kelulusan pihak berkuasa tempatan serta memenuhi semua syarat yang ditetapkan.

Azmin kini berada di India atas urusan rasmi negeri. -Malaysiakini

loading…

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *