Awas Aplikasi Sembang Seperti Whatsapp Juga Berisiko Kecurian Data Melalui Pautan Yang Dikongsi

Posted on

KUALA LUMPUR – Aplikasi sembang seperti Whatsapp dan Telegram juga masih mempunyai risiko melalui pautan yang dikongsikan dengan penyebaran malware atau virus ke dalam telefon pintar, lapor Harian Metro.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Security Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, kecurian data termasuk kata laluan dan kata kunci perbankan menerusi dalam talian akan berlaku, berkemungkinan akibat pautan yang dikongsikan mempunyai malware dan virus.

Risikonya sama sekiranya pengguna membuka sebarang pautan yang diterima menerusi e-mel. Yang membezakan hanyalah medium komunikasi. Ramai pengguna beranggapan jenayah siber yang terjadi hanyalah mitos semata-mata tanpa menyedari bahawa ia benar-benar berlaku. Sebab itu, mereka gemar berkongsi gambar, pautan dan sebagainya dalam aplikasi sembang, jelas Datuk Amiruddin.

Sehubungan itu, para pengguna dinasihatkan agar memasang sebarang perisian anti-virus dalam telefon pintar mereka untuk mengelakkan daripada terjadinya mangsa jenayah siber, katanya.

Sekiranya kita ingin membeli komputer, selalunya kita akan memastikan ia telah didatangkan bersama perisian anti-virus. Begitu juga dengan telefon pintar, ia perlu dilakukan seperti mana komputer dengan memasukkan perisian berkenaan kerana kegunaan peranti itu pada masa ini sama seperti komputer.

Seperti yang dilaporkan, kadar jenayah siber di Malaysia untuk tahun 2017 telah menunjukkan 1,850 kes telah dilaporkan sehingga 31 Mac lalu berbanding 2,470 kes pada Januari hingga Mac 2016.

Walaupun jumlah kes jenayah siber didapati semakin menurun tetapi semakin ramai yang menggunakan internet, semakin tinggi ancaman siber bertambah, katanya.

Mengikut laporan statistik yang sekadar menunjukkan kes-kes yang telah dilaporkan kepada Cyber Security Malaysia, namun ada kebarangkalian terdapat banyak lagi kes lain yang membabitkan jenayah siber dikatakan tidak dilaporkan dan mungkin dilaporkan kepada pihak berkuasa yang lain.

Semenjak tahun lalu selain daripada kes pencerobohan, kod jahat, buli siber dan spam, kes yang melibatkan penipuan dalam talian adalah jenayah siber yang paling tertinggi yang telah dilaporkan iaitu sebanyak 4,724 kes.

Sekiranya anda adalah mangsa ancaman dan jenayah siber tetapi tidak tahu di mana harus membuat laporan berkaitan jenayah berkenaan, anda diminta membuat laporan ke Cyber Security Malaysia melalui talian 1300882999 dan e-mel ke [email protected] Anda juga boleh memuat turun aplikasi Cyber 999 yang dibangunkan melalui Google Play Store bagi android dan iOS dengan percuma.

Amirudin berkata, mangsa ancaman siber boleh membuat laporan ke Cyber Security Malaysia di talian 1300882999, e-mel ke [email protected] atau muat turun aplikasi Cyber 999 secara percuma menerusi iOS dan Android. – Koleksi Viral

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *