arwah pernah cakap saya ni jodoh dia, dapat kawen sehari pun xpe dan cintanya akan dibawa ke mati.Allahu

Posted on

saya nak share perjalanan hidup dengan kawan2 semua. saya dulu kawen muda umo 19,suami lak umo 21.mase tu kitaoramg memang xde apa2 pun. susah sangat2,kais pagi makan pagi kais petang makan petang. kami kawen atas dasar cinta. saya bukan menantu pilihan. mase saya nak bersalin suami berhenti kerja dan balik kampung. saya pun ikut dia balik kampung.dia keja kampung. mase anak umo 5bulan suami kantoi amik dadah.

suami pun jenis panas baran dan selalu angkat tangan dekat saya.badan saya selalu lebam2, saya lak jenis suka menjawab. nafkah memang ke laut. sebelum ni kalau gaduh suami suka keluakan perkataan kesat n cerai, saya pula suka minta cerai. pernah dia cakap kalau saya kua umah, akan jatuh talak,kalau balik umah mak saya akan jatuh talak. mungkin hari tu kemuncak kitaorang gaduh, dengan dirinya kantoi amik dadah dia ceraikan saya dengan talak 3.mase tu saya x menitikkan air mata pun, mungkin dah redha.

tapi suami cakap dia xsengaja dan janji xkan amik dadah. nasi dah jadi bubur. benda yang diucapkan xboleh tarik balik. kami settlekan semuanya d mahkamah. lepas bercerai saya sambung belajar amik diploma. anak mak saya yang jaga, alhamdulillah saya dapat pinjman MARA,exsuami still xboleh terima kami dah bercerai. lepas 7bulan saya bercerai saya kawen dengan anak teruna.saya masih lagi bukan menantu pilihan, sebab status janda anak satu. beza umo kami 12 tahun mase tu umo saya baru nak masuk 22,Allah lebih sayangkan arwah.

kami kawen hanya 5 hari je, arwah dijemput ilahi. meninggal dalam tido, saya still go on demgan diploma saya. sebab tu janji saya dengan arwah, xkira apa yamg berlaku saya mesti majukan diri. kalau ikutkan rasa nak gila. arwah baik sangat2. arwah sukakan saya dari saya kecil lagi. lepas dia meninggal baru saya tahu. arwah pernah cakap saya ni jodoh dia, dapat kawen sehari pun xpe dan cintanya akan dibawa ke mati.Allahu saya di uji. alhamdulillah, exsuami sorang yamg bertanggunjawab nafkah anak xpernah abaikan sebulan sekali dia balik jenguk anak. disamping itu ex sering memujuk saya untuk kawen balik.

tapi hati saya dah tertutup untuk dia, hancur dengsn perangai dia sebelum ni. selama saya belajar balik, saya muhasabahkan diri belajar dari kesilapan. lepas abis belajar terus dapat keja. ex tau tempat keja saya, hari2 dia tunggu saya, tapi hati saya still xboleh trima dia. betul la oramg cakap menjadi janda banyak dugaan dan cabaran nya. saya xpernah minta untuk menjadi janda. bermacam2 hinaan, umpat keji saya terima. tapi saya still demgan prinsip saya, saya pekakkan telinga saya. hampir 4 tahun arwah meninggal baru mak pujuk untuk saya kawen balik dengan ex saya. mase tu saya memamg xboleh terima sebab hati saya kosong, tapi sapa la saya untuk menidakkan takdir. akhirnya selepas 6tahun duda saya menunggu, saya trima dia demi anak. ye demi anak kami..

alhamdulillah, Allah dah aturkan semuanya. dari hati yang kosong, saya belajar untuk sayang dan cintakan dia balik. betul la setiap manusia perlu diberikan peluang dan dorongan. sekarang usia perkahwinan kami pun dah nak masuk 4 tahun. tipu la kalau cakap xde dugaan, mane ada pantai yang x di lambung ombak. semua tu kami tepis dan lalui bersama. duda itu suamiku, pun dah berubah 100%.semua perangai yang lama dia buang. kalau ikutkan banyak lagi saya nak share, tapi bia la setakat ini saja. kita kena ingat, Allah sentiasa uji kita. bersabarlah sayang2 semua. saya dah mcm2 lalui yamg mungkin anda xlalui.

susahnya menjdi isteri, susahnya menjadi anak, susahnya menjdi menantu, susahnya menjdi kakak ipar, susahnya menjdi adik ipar n susahnya menjadi biras. saya bukanlah menantu pilihan. kalau ikutkan hati banyak yang saya nak coretkan. jangan sentiasa fikir negative, jamgan bazirkan air mata. bangkitlah dari kesedihn. kebahagiaan sntiasa ada utk kita, cari la dan jaga hubungan tu seelok2nya. sy syg keluarga sy. doakn sy, sy masih lg d uji..

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *