Arsenal telah jawab kritikan, kata Wenger

Posted on

ARSENE WENGER berkata Arsenal telah menjawab pengkritik yang mempersoalkan semangat mereka dengan bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Manchester City 2-1 dalam separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley, malam tadi.

The Gunners meraih kemenangan dalam perlawanan mendebarkan untuk menempah slot final menentang pesaing London, Chelsea, bulan depan.

Arsenal menghadapi kritikan hebat dalam kempen musim ini selepas tersingkir dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah dan berada di tempat ketujuh dalam Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Tetapi Gunners kini dalam landasan untuk memenangi Piala FA ketiga dalam tempoh empat tahun dan Wenger teruja dengan respons pemainnya terhadap kesukaran yang dialami.

“Saya amat berbangga dengan prestasi dan semangat yang kami telah tunjukkan. Saya percaya kami memberikan jawapan yang baik kepada orang yang mempersoalkannya (semangat),” kata Wenger kepada BT Sport.

“Secara keseluruhan kami menjadi lebih kuat dalam perlawanan kami. Pada separuh masa pertama kami mungkin sedikit berhati-hati dan terima apabila dikuasai tetapi pada separuh masa kedua, kami menjadi lebih kuat dan lebih kuat.

“Akhirnya kami memenangi perlawanan. Sudah tentu ia adalah perlawanan yang sangat sengit tetapi saya fikir kami berhak untuk menang pada separuh masa kedua.

“Kami melalui tempoh yang sukar. Saya akan bercakap lebih lanjut mengenainya suatu hari nanti. Tetapi saya fikir pemain telah menunjukkan kerjasama yang hebat.”

Jurulatih berbangsa Perancis itu menambah: “Apabila kelab bola sepak Arsenal mahu pasukan bangkit dalam perlawanan besar dan saya rasa kami melakukannya.

“Secara keseluruhan saya sangat gembira. Orang menyoal kami, kami telah melalui masa yang sukar. Pada zaman ini, anda boleh berpecah atau bersatu dan hari ini kami menunjukkan tindak balas yang betul.”

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *