‘Apa niat mereka?’

Posted on

Kuala Lumpur: Kepulangan semula empat bintang utama Johor Darul Ta’zim (Johor DT) ke pangkuan skuad Harimau Malaya menimbulkan pelbagai persoalan khususnya mengenai niat sebenar keempat-empat tonggak terbabit.

Selepas meninggalkan kem negara secara mengejut pada Julai tahun lalu ketika pengendali, Datuk Ong Kim Swee amat menagih sentuhan mereka – Safiq Rahim, Aildil Zafuan Abd Radzak, S Kunanlan dan Amirulhadi Zainal – dilihat ‘tenang’ membiarkan rakan sepasukan terkapai-kapai dalam saingan Piala AFF yang kemudiannya gagal menyerlah di kejohanan itu.

Namun, segala-galanya berubah apabila pemilik Johor DT Tunku Ismail Sultan Ibrahim memenangi kerusi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada penghujung Mac lalu yang menyaksikan mereka turut mengumumkan kesediaan untuk kembali menyarung jersi negara.

Menurut bekas pemain kebangsaan yang pernah membantu Malaysia layak secara merit ke pentas Olimpik Moscow 1980, Datuk Shukor Salleh, beliau mengakui agak bingung dengan keputusan ‘pusingan U’ empat pemain itu sambil berharap kepulangan mereka bukan atas desakan sesiapa sebaliknya berjuang demi tanah air tercinta.

“Apa sebenarnya niat mereka (Safiq, Aidil, Kunanlan dan Amirul)? Saya harap mereka buat keputusan bukan atas kepentingan individu tertentu ataupun kepentingan sendiri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *