Apa jadi resolusi PBB?

Posted on

MALAYSIA sekali lagi mendesak Israel supaya menyediakan akses tanpa halangan ke Masjid Al-Aqsa kerana kesucian tempat beribadat perlu dihormati dan dipelihara.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, Malaysia juga menggesa rejim Zionis supaya menghentikan semua aktiviti yang boleh memberi kesan mengubah status quo tanah suci Islam itu.

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya penutupan Masjid Al-Aqsa pada 14 Julai lalu oleh pihak berkuasa Israel dan tindakan provokasi itu jelas menunjukkan pelanggaran kepada kesucian tanah suci Islam.

“Tindakan itu juga adalah pelanggaran yang serius terhadap hak umat Islam untuk beribadat secara aman, bebas dari keganasan, ancaman dan keganasan,” katanya dalam kenyataan pada Mesyuarat Luar Biasa (EGM) Terbuka Jawatan Kuasa Eksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul Turki, semalam.

Anifah berkata, kebebasan untuk beribadat adalah hak yang dijamin mengikut undang-undang antarabangsa dan sebarang pelanggaran terhadap hak berkenaan perlu ditentang.

Pada masa sama, beliau berkata, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut digesa supaya menggalas tanggungjawabnya untuk melaksanakan resolusi pertubuhan itu bagi menangani keganasan dan ketegangan di Baitulmaqdis Timur.

“Jika resolusi itu tidak dilaksanakan, ini bermakna mereka gagal menterbalikkan trend negatif yang boleh mengancam penyelesaian antara Israel dan Palestin.

“Malaysia percaya penyelesaian dua negara kekal sebagai langkah paling berdaya maju bagi kedua-dua pihak,” katanya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *