Andartu Terpilih

Posted on
Andartu Terpilih

Andartu Terpilih

Salam lebaran..
Terima kasih kalau siarkan confession ni, kalau tak pon terima kasih juga pada admin yang sudi baca. Rasanya musim Raya ni mesti golongan single lah yang paling sensitive kan terutamanya golongan yang terlajak. Yelah mesti ramai je yang sibuk bertanya bila nak kawin?.

Aku juga tak terlepas dari soalan yang sama. Cuma tahun ni diorang tambah satu lagi perkataan iaitu kesian. Kesian kau dah umur lebih 30tahun tapi tak kawin lagi. Tak payah nak kesian sangat lah! Aku tak kisah aku belum bertemu jodoh sebab aku yakin yang Allah ada perancangan yang hebat. Aku andartu terpilih yang dipilih untuk menjaga mak bapak aku.

Aku anak bongsu dari 8 adik-beradik. Aku sorang je yang masih single. Aku bukan nak buruk-burukan adik-beradik sendiri tapi inilah kenyataan yang berlaku. Diorang semua dah berjaya dan berkerjaya tapi tiada sorang pon yang menghulur duit kat mak bapak diorang. Aku yang gaji ciput ni lah yang menghulur walau tak mampu nak bagi banyak-banyak. Ye memang diorang tak mintak pon tapi itulah yang menghiburkan hati mereka. Tanda ingatan anak-anak kat mereka. Yelah bila orang lain dok cerita anak-anak diorang bagi itu ini, at least diorang pon boleh bercerita jugak.

Masa aku still student dulu memang tak mampu nak bagi apa-apa so just jadi pendengar yang setia. Mak aku selalu cakap anak orang lain balik kampung bawak banyak kuih Raya, aku simpan dalam kepala otak ni. Dan sekarang ni aku dah mampu, aku bawak balik macam-macam jenis kuih Raya walaupun mak aku punya kuih Raya pon dah bersusun. Puas hati aku tengok mak aku senyum sampai ke telinga. Gembira dia menjaja kat makcik-makcik yang datang beraya yang anak dia belikan dia kuih-kuih tu semua.

Mak aku dah berusia 60tahun lebih dan bapak aku dah berusia 80tahun lebih. Dua-dua dah tak larat sangat nak buat kerja. Adik-beradik aku ni memang tak reti buat sistem giliran beraya agaknya. Raya ke-2, ke-3 tak pon seminggu lepas Raya barulah diorang menjenguk mak bapak diorang ni. Nasib baik ada aku yang tak kawin ni kemas rumah dan temankan diorang beraya. Yelah aku paham yang perempuan tu kena ikut cakap suami. Tu lah hikmahnya aku belum berkahwin. Dan setiap bulan aku balik kampung jenguk diorang. Aku bersyukur aku boleh lakukan semua tu sementara mereka masih ada ni. Aku bukan nak berbangga ke apa, cuma aku rasa bersyukur Allah pilih aku untuk buat semua ni.

Kesimpulannya, tak payah nak kesian atau pandang hina sangat kat golongan single terlajak ni okay. Bukan tak laku tapi mungkin Allah ada perancangan yang hebat untuk kami. Aku yakin bila masanya telah tiba aku akan bertemu jodoh jugak akhirnya. Mungkin jodoh aku dikalangan yang membaca confession ni.

Andartu With Purpose

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *