Anak ketiga William dan Kate dijangka lahir April tahun depan

Posted on

LONDON: Pasangan Diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton pada Selasa mengesahkan bahawa anak ketiga mereka bakal dilahirkan pada April depan.

Mereka yang membawa gelaran Duke dan Duchess of Cambridge, mengumumkan bulan lalu bahawa Kate sedang hamil dan mengalami keadaan mual yang serius, namun tarikh kelahiran bayi tidak didedahkan.

Dalam satu kenyataan ringkas, pejabat diraja Istana Kensington memberitahu bahawa bayi itu, yang akan menjadi waris kelima dalam takhta Britain, dijangka lahir pada April.

Pada Isnin, Kate membuat kemunculan keduanya sejak berita kehamilannya diketahui umum, ketika menghadiri acara kebajikan di stesen kereta api Paddington di London.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *