Anak Dara Tua Bahagia

Posted on

Anak Dara Tua Bahagia

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih admin kerana membaca confession saya ini. Kalau tak disiarkan pun, saya rasa admin baca pun saya dah cukup berbesar hati.

Saya perempuan. Umur hampir 34. Berkerjaya bagus. Mempunyai adik beradik lelaki & perempuan yang sederhana. Tidak sedikit & tidak juga ramai. Salah seorang daripada mereka telah berkahwin dan mempunyai seorang cahayamata. Kesemua kami telah bekerja jauh dari mak ayah. Beberapa orang dalan adik beradik saya, bekerja sebagai penjawat awam dalam bidang yang berbeza2. Dan saya, perempuan sulung.

Saya berasa terpanggil untuk menulis setelah membaca beberapa confessions daripada wanita2 andartu seusia saya. Saya amat memahami perasaan mereka. Kerana saya berada di tempat mereka. Bezanya cuma, saya ada kerjaya yang bagus. Hanya itu yang saya ada, setelah keluarga saya. Keluarga saya biasa2 sahaja. Bukan orang kaya. Bukan juga orang miskin. Golongan pertengahan sahaja. Ayah saya masih bekerja & ibu saya suri rumah sepenuh masa. Ibu saya dari kalangan orang kampung & bukan orang senang. Ayah saya dari keluarga sederhana. Tapi, oleh kerana kami lebih banyak bertandang ke sebelah ibu, saya sering jadikan kekuarga ibu saya sebagai penanda aras dalam mencapai sesuatu yang lebih baik. Dalam erti kata lain, daya mahu keluarga saya keluar dari kelompok katak bawah tempurung, dan dari kepompong kemiskinan. Jadi, sejak saya ambil degree, saya tanamkan dalam fikiran saya untuk bekerja dalam bidang yang dihormati orang kampung supaya keluarga tak dipandang rendah. Mak saya sekolah tak habis kerana perlu beri laluan kepada adik2 untuk bersekolah. Tapi saya yakin, ibu saya seorang yang bijak!

Alhamdulillah, berkat doa ibu bapa,urusan saya sepanjang belajar memang dipermudahkan. Saya bukanlah golongan senarai dekan. Biasa2 je. Cuma saya percaya kepada keberkatan ilmu & keredhaan guru. Jangan sesekali meniru dlm exam mahupun kuiz. Apatah lagi dalam assignment. Kerana, markah yang bagus belum tentu berkat jika didapati dengan cara yang tak betul. Saya juga mudah mendapat pekerjaan. Syukur sangat. Cuma, jodoh saya lambat.

Pernah bercinta. Tapi hampa. Saya ambil keputusan untuk berubah. Jangan fikirkan tentang lelaki. Fikirkan diri sendiri & ibu bapa. Saya tukar imej kepada yang lebih fresh. Tidak kekampungan, tetapi masih seorang muslimah. Saya buka hati saya seluasnya kepada semua yang ada. Duit gaji, saya belanjakan untuk diri sendiri & ibu bapa. Apa sahaja yang dihajat, saya usahakan agar dipenuhi. Saya dekatkan diri kepada Allag. Muhasabah diri. Solat tahajud. Baca al quran. Pernah juga confess kepada crush mcm sister ibu tunggal tu. Walaupun negatif, saya masih gembira dan berkawan dengan crush saya tu seperti tiada apa2 yang berlaku. Saya kira, saya semakin matang dalam kehidupan. Tiada istilah sunyi kerana ibu bapa sentiasa ada & kawan2 hiburkan hati. Bila sunyi, saya bangun tengah malam & solat. Saya pohon kepada Allah agar tetapkan hati saya. Jangan benarkan saya rasa nak berkahwin hanya kerana ingin mengisi kekosongan yang ada. Biarlah kekosongan tu diisi dengan kasih sayang Allah & keluarga.

Bohonglah kalau tak pernah diperli, ditanya oleh kawan2, saudara mara bila saya nak berkahwin. Sehingga ada yang anggap saya perempuan yang suka bersosial & desperate yang boleh dibawa tidur. Bohonglah kalau saya tak tersinggung. Setiap kali, memang sedih. Ada masa saya dapat simpan. Ada masa, saya melenting & menangis sendiri. Apabila saya tegas dalam hal kerja, ada suara sumbang yang berkata andartu memang begitu. Tegas memanjang. Kena bagi rasa b*****baru elok. Sampai begitu sekali pandangan orang kepada saya. Sumpah sedih. Belum masuk bab, saya sering disuruh untuk buat begitu begini kerana saya masih bujang. Dan saya tak dapat beri alasan ada anak kecilsuami saya outstation..suami tak izin. Dalam saya rasa sedih teramat sangat, saya cuma berdoa agar Allah berikan saya sesuatu yang lebih baik agar saya tak pernah sangsi dengan kasih sayang Allah. Setiap kali, saya berdoa & menangis bersungguh2. Kerana Allah je faham perasaan saya.

Ditakdirkan Allah, seorang lelaki yang tak pernah saya kenal mengetuk hati saya. Saya lupa saya pernah beri kebenaran kepada kawan saya untuk perkenalkan saya kepada kawan2 lelaki yang sedang mencari teman hidup. Kali pertama mengenalkan diri masing2, malam itu juga saya buat istikharah. Saya berdoa agar saya dijauhkan dari lelaki (saya namakan S) tersebut jika bukan jodoh saya. Sebab saya tak mahu berharap & lautkan hati kepada orang lain. Saya penat. Tetapi, dari awal S nyatakan kepada saya bahawa dia berkenalan dengan tujuan mencari teman hidup. Jika serasi, mahu terus berjumpa ibu ayah & berkahwin. In fact, hati saya senang kerana yang memperkenalkan kami adalah kawan kami yang baik. Jadi, saya yakin kawan saya tak akan perkenalkan orang yang tak baik kepada saya.

Syukur, keluarga saya terima S dengan hati yang terbuka walaupun S pernah ada sejarah silam perkahwinan. Setiap hari, tiada sebab untuk saya tidak bersyukur atas kurniaan Allah kepada saya. Seorang lelaki yang sangat memahami. Yang mengajar saya erti redha & bersangka baik dengan setiap ketentuan Allah. InsyaAllah, kami di ambang membina masjid.

Kepada wanita2 yang sebaya saya ( andartu/andalusia), jangan berhenti berharap kepada kasih sayang Allah. Terus berbakti kepada ibu bapa kerana doa ibu bapa lah yang kita harapkan. Dahulu, saya juga sebenarnya takut nak berkahwin kerana takut dapat suami yang tak memahami. Yang tak benarkan saya balik kampung berhari raya bersama mak ayah. Sebab rutin saya balik setiap bulan untuk membantu mengemas rumah & selesaikan apa2 perkara yang tak dapat diselesaikan. Saya takut dapat suami Yang mengikis duit saya..atau kaki pukul. Allah yang Maha Baik kurniakan saya seorang lelaki yang sangat baik, kedudukan kewangan yang lebih stabil dari saya, sudah punyai harta sendiri & yatim piatu. S senang dengan keluarga saya seperti keluarga sendiri. Sentiasa memberi peringatan supaya hargai ibu bapa & keluarga yang ada kerana tak semua orang punyai nikmat yang sama. Syukur Allah hilangkan semua keraguan saya dengan menghadirkan seorang lelaki.

Kepada andartu sekalian, percaya kepada Allah. Jangan bersedih. Allah akan beri nikmat yang lebih baik. Doakan masjid saya. Saya sentiasa doakan wanita yang digelar andartu, mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

Assalamualaikum.

Wanita bahagia

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *