Amyra Rosli Pesan Ibu Bapa #JanganLupaCucuk!

Posted on

SEDANG hamil anak pertamanya, pelakon Amyra Rosli mengakui berasa sangat teruja untuk ‘berjumpa’ dengan anaknya nanti.

Bagaimanapun, Amyra dan suaminya, aktor Amar Baharin tidak terlalu memilih jantina anak mereka kerana menurut mereka, apa yang penting adalah kesihatan bayi tersebut.

“Saya dan Amar tidak kisah jantina anak, begitu juga keluarga. Asalkan bayi yang dilahirkan nanti membesar dengan sihat, itu sudah membuatkan kami bersyukur. Lelaki atau perempuan bagi kami bukan persoalan besar,” katanya.

Sebagai ibu baru, sudah tentu Amyra semakin peka dan teliti terhadap apa yang terbaik untuk anak yang bakal dilahirkan nanti, terutama sekali kesihatan bayinya.

Dengan ancaman wabak penyakit yang menakutkan, Amyra sedar bahawa sikap mengambil tahu tentang cara-cara untuk melindungi anak-anak daripada dijangkiti penyakit seperti polio, rubella, difteria dan hepatitis B amat penting terutamanya di kalangan ibu-ibu baru sepertinya.

Seperti Hanis Zalikha, Amyra berasa terpanggil untuk menyebarkan kesedaran terhadap suntikan imunisasi dan mengesyorkan ibubapa untuk memberikan imunisasi kepada anak-anak mereka sejak bayi lagi untuk membentuk sistem pertahanan atau imun sistem yang aktif untuk melawan kuman.

Bagusnya Amyra! Walaupun belum melahirkan anaknya lagi, dia sudah sangat peka dengan kepentingan memberikan imunisasi kepada kanak-kanak dan bayi.

Pada zaman ini, ibu bapa perlu mempercayai keberkesanan vaksin dan mengutamakan pengambilan suntikan ini untuk anak-anak mereka.

Hakikatnya, kanak-kanak yang tidak diberikan vaksin bukan sahaja mempunyai risiko tinggi terdedah kepada penyakit malah turut membahayakan orang di sekeliling mereka. Ayuh, lindungi anak-anak anda dengan suntikan imunisasi!-MYNEWSHUB.CC

[embedded content]

Loading…

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *