Amoi gedik main kasar

Posted on

Kuala Lumpur: Sifat ‘manja’ sekumpulan wanita yang menawarkan perkhidmatan seks bertukar ganas apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa yang menyerbu sebuah hotel di Jalan Tiong Nam, di sini, kelmarin.

Dalam operasi jam 5.30 petang, beberapa wanita itu turut bergelut sebelum mengigit tangan anggota polis yang cuba menahan mereka dalam usaha untuk meloloskan diri.

Bagaimanapun, tindakan mereka gagal apabila seramai 22 wanita warga asing ditahan di hotel berkenaan yang dipercayai menjadi markas kegiatan pelacuran, selain turut dikesan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian di tingkat bawah premis berkenaan.

Antara wanita yang ditahan termasuk warga Mongolia, Russia, Kazakhstan, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *