Alhamdulillah…

Posted on

SEMBILAN anak kapal KD Perdana yang terputus hubungan dengan kapal sejak Sabtu lalu ditemui selamat oleh kapal dagang, hari ini.

Penemuan itu dimaklumkan oleh Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin melalui akaun Twitternya kira-kira 8 malam tadi.

“Bot itu ditemui pada jarak 90 batu nautika dari Timur Kuantan oleh sebuah kapal dagang.

“Ekoran laporan daripada kapal dagang, pesawat Beechcraft Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditugaskan dan melaporkan bot ditemui selamat.

“Usaha mencari dan menyelamat (SAR) bot KD Perdana dilakukan semua pihak termasuk kapal dagang dan nelayan di kawasan pencarian. Dipercayai hanyut ke utara,” katanya.

Difahamkan pasukan penyelamat sudah dikerahkan ke lokasi penemuan bot berkenaan.

Kronolgi kehilangan itu bermula pada 9.30 pagi, Sabtu lalu apabila KD Perdana mengesan 10 bot nelayan warga Vietnam di perairan Sedili dengan lima daripadanya berjaya dihalau keluar ke Zon Ekonomi Esklusif (EEZ), manakala lima menghala ke utara Tanjung Sedili.

Pada 1 tengah hari, lima bot nelayan asing dikesan dengan bot peronda diarahkan pergi memeriksa dua bot nelayan asing yang bergerak ke barat, manakala KD Perdana menghalau tiga bot lain.

Pada 1.30 tengah hari, KD Perdana gagal menghubungi bot berkenaan melalui walkie talkie dan memulakan operasi pencarian sebelum operasi dimulakan secara rasmi pada 7.30 malam semalam.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *