Alhamdulillah, mereka selamat

Posted on

“Minta maaf, saya tidak boleh cakap apa-apa kerana keluarga sudah lantik peguam,” kata Md Dahalan Baki, 74, yang terperangkap dalam lif bersama isteri di sebuah pasar raya di Meru, Ipoh, sejak kira-kira 11.30 pagi Jumaat lalu, sebelum ditemui dalam keadaan lemah 1 tengah hari, semalam.

Kehilangan Md Dahalan dan isteri, bersama isteri, Ahadiyah Zakaria, 70, dari Taman Meru 2C disiarkan Facebook oleh seorang anak mereka menggunakan nama Mohd Khalil yang tular kelmarin, memaklumkan ibu bapanya tidak pulang selepas keluar ke pasar raya berkenaan pada hari kejadian.

Menerusi status itu, Mohd Khalil berkata, ibu bapanya tidak membawa telefon bimbit dan kesihatan tidak mengizinkan berikutan terpaksa bergantung kepada ubat serta badan menjadi menggeletar jika lewat makan.

Susulan kehilangan warga emas itu, anak mereka membuat laporan polis di Balai Polis Jelapang.

Sumber polis berkata, seorang anak mangsa berusia 42 tahun pergi semula ke pasar raya berkenaan untuk mencari mereka dan menemui kereta Proton Wira dinaiki mangsa di tempat letak kereta pasar raya.

Katanya, anak mangsa dan seorang pengawal kemudian terdengar jeritan di kawasan lif sebelum kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan.

“Pasangan suami isteri itu ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya akibat lama terperangkap dalam lif berkenaan.

“Mereka dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *