Alhamdulillah dah jumpa…

Posted on

REMAJA perempuan Rabiatul Syarafana Abdul Razak,15, yang hilang sejak Rabu lalu akhirnya pulang dengan selamat ke rumahnya pada jam 11.45 malam semalam.

Bapanya, Abdul Razak Jaffar Adi, 55, memaklumkan berita gembira itu ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, hari ini selepas pulang memberi keterangan di Balai Polis Kaki Bukit.

Katanya, ketika Rabiatul Syarafana pulang, beliau dan isterinya berada di Arau untuk mencari anak bongsunya itu selepas mendapat maklumat bahawa dia berada di bandar itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Ghazani Abd ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan dan kes berkenaan dianggap selesai.

“Anak perempuan beliau (Abdul Razak) sudah ditemui malam tadi apabila pulang ke rumahnya.

“Kes kategori Orang Hilang ini dianggap selesai dan sekiranya bapa mangsa ada membuat laporan terbaru mengenai perkembangan anaknya, mungkin siasatan lain akan dijalankan,” katanya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *