Aku Yang Tak Bernilai

Posted on

Aku Yang Tak Bernilai

Aku yang tak bernilai

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca iiumc. Aku seorang gadis berusia 19 tahun. Anak bongsu dan mempunyai beberapa orang abang & kakak. Sekarang nie aku duduk di rumah je sebab tengah tunggu panggilan universiti.

Okay, confession aku nie berkisar tentang layanan keluarga terhadap aku. Aku bukan tipikal anak bongsu yang manja, semua kemahuan dipenuhi & so on. Aku seorang yg berdikari. Kalau nak apa-apa, aku akan usahakan sendiri. Sebab apa? Sebab kadang-kadang aku rasa macam family aku tak sayang aku. Ayah aku selalu marah aku. Bentak-bentak aku. Pernah sekali ayah aku marah aku time berbuka puasa. Ya memang salah aku tapi kenapa nak marah aku macam aku budak hingusan? Ayah aku datang bilik tengking-tengking aku. Cakap aku anak tak berguna. Aku baru lepas bukak puasa kot. Berderai air mata aku. Family aku tengok buat tak tahu je. Takde sorang pon yg datang back up atau pujuk aku. Even ibu aku. Ya. Apa kau rasa kalau di tempat aku? Yes! The whole family tak sayang aku! Am i too childish? Hurmm. Hati aku sakit. Sakit sangat. Satu sebab kena marah, kedua sebab takde siapa pun yg kisah tentang hati aku. Yalah aku yg bongsu, yg paling bodoh lah kiranya kan. Yg paling takde hak nak bela diri sendiri lah kan. Penderaan mental tu lagi sakit daripada penderaan fizikal kan?

Keduanya, aku perasan yg ibu lebih sayangkan abang aku. Apa apa je yang abang aku nak beli, mesti mak aku turutkan even asyik cakap takde duit. Nak makan apa, even tak sihat pon mak akan masakkan jugak. Kalau aku, buatlah semuanya sendiri. Part nie aku okay sikit sebab aku perempuan. Jadinya memang terbiasa buat sendiri. Tapi bila aku mintak duit nak beli ubat sebab aku nie sakit sikit, ibu cakap takde duit. Tapi kalau dengan abang, beratus pon takpe padahal abang tu dah bekerja tp selalu je takde duit. Memang sakit aku nie tak teruk, tapi kalau tak dirawat, boleh makin teruk jugak. Jadinya aku pun usaha la cari duit poket sendiri dengan berbisnes kecil-kecilan. Aku kumpul sikit-sikit. Takpelah orang tak kisah kan kesihatan aku, yang penting aku kisah. Susah senang sendiri lebih baik kan?

Ketiganya, ibu aku jenis suka cerita keburukan aku kat kawan-kawan beliau. Kadang-kadang aku ada pon ibu buat tak tahu je. Sampai tebal muka aku tahan malu. Rasa nak pecah dada sebab tahan air mata. Ibu selalu cakap kat kawan-kawan beliau yang aku anak dara pemalas. Padahal aku buat semua kerja rumah cuma kadang-kadang tu biasalah bila datang mood malas sikit tuh. Ibu selalu ungkit aku tak buat kerja. Aku tak mintak ibu sanjung & puji aku pun, cukuplah hargai aku. Faham perasaan aku dan jangan malukan aku sebab aku dah besar. Aku ada harga diri. Islam pon larang ibu bapa burukkan anak-anak sebab setiap anak ada kelebihan masing-masing. Tapi bila hati dah tak suka, semua tak betul lah kan?

Ayah aku pernah cakap, kau nie ingat duduk rumah boleh ringankan beban, tapi makin tambahkan beban je ! Time nie aku cuti sebab sebelum nie aku duduk asrama. Apa kau rasa bila ayah kau cakap macam tu? Sedih ! Sumpah aku tak leh lupa kata-kata ayah tu. Seolah-olah macam semua tentang aku tak betul. Walaupun sedih & kecewa dengan sikap ayah, bila ayah sakit aku tetap setia jaga ayah. Abang-abang semua mengelat. Takpelah mungkin sekurang-kurangnya aku akan dapat berbakti kepada ayah dengan cara nie? Aku dah takde cara lain nak kutip pahala sebab nak dekat ayah pon aku tak berani. Mungkin waktu sakit nie ayah boleh kurangkan sedikit ketidaksukaannya dekat aku?

Pasal abang aku pulak, mulut dia memang laser. Laser sampai tahap setiap apa yang dia cakap, aku akan makan hati. Sebab dia suka kutuk aku. Ye aku chubby. Dia suka kata panggil aku gajah , dugong dan kalau aku duduk atas kerusi mesti dia akan cakap, patah kang kerusi tuh . Macam-macam lagi perkataan tak elok aku selalu kena ejek. Dia jugak suka malukan aku depan saudara-mara. Aku nie jenis suka try masakan baru. Yelah kadang-kadang ada lah yg tak jadi sebab pertama kali cuba kan. Dia selalu ejek-ejek aku cakap, yelah masak sampai masuk tong sampah. Berlagak macam pandai sangat ! Dia dah 30 tahun tapi masih suka burukkan aku. Yelah anak kesayangan mak kan. Kalau aku tegur sikap dia, mak macam tak suka. Mak selalu menangkan dia. Apa apa kerja semua dia yg dapat nama even sikit pon dia tak buat. Yelah nasib anak buangan memang macam nie kan?

Takpelah even family aku kurang suka aku, at least aku ada tempat berteduh & menumpang sedikit kasih. Alhamdulillah. Takpelah orang lukakan hati aku, janji aku tak buat benda yang sama kat diorang. Takpelah diorang tengking aku, aku akan kuatkan hati utk mendoakan mereka. Aku cuba postifikan diri aku atas apa yang berlaku. Semua ujian nak ajar aku jadi kuat & lebih dekat dengan Allah. Even cemburu tengok kebahagiaan orang lain, aku pujuk hati yang nanti Allah akan bagi jugak kat aku. Sabar & sabar. Aku jenis tak suka luahkan pada sesiapa even kawan baik aku sendiri sebab aku tahu tak semua faham aku. Jadinya bila sedih sangat,kecewa sangat aku mengadu pada Allah. Tenang & damai. Doakan aku kuat ya! Doakan aku jumpa orang yang akan menghargai aku. Maafkan aku utk kekurangan dari segi penceritaan. Terima kasih sudi membaca. Salam Aidilfitri !

ulya

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *