Aku tinggalkan Teman wanita aku disebabkan dia ada cyst nanti tak boleh beranak – setelah beberapa tahun inilah yang berlaku

Posted on

Cuma nak cerita jugak pasal kanser.ad brother cerita pasal wife dia kena kanser ovary tu.kisah ak berbeza sikit sebab ak tinggalkan makwe ak masa aku tahu dia ada cyst.aku tahu mesti ramai akan kecam kan,ye aku terima kecaman korang tu sebab aku rasa bersalah .sampai sekarang ak masih rasa bersalah pada dia.

kami kenal dah lama hampir 5 tahun tp sebab aku dapat tahu dia ada cyst dan peratusan untk dapat zuriat tipis kan.aku tinggalkan dia tanpa alasan kukuh,aku Cuma bagitahu aku mau focus dalam kerjaya.aku tinggalkan dia seminggu sebelum dia buat pembedahan.

Kejamnya aku masa tu.aku block media social dia,aku tak pernah jawab panggilan dia .hampir 2 tahun aku tak tahu kisah dia mcm mana,baru2 ni aku ada seminar di penang,kerjasama company aku dengan syarikat perkhidmtan.Aku terserempak dengan dia.dia antara peserta seminar dan aku cam dia tapi dia macam tgk aku biasa saja,mcm takde ape2.

mungkin dia tak kenal atau dia buat2 tak kenal.Aku tahu memang dia sebab nama nya sama.Aku bukak blocking system kat media social dan aku tgk dia punya fb/Ig.Ya,dia dah kahwin dan dah ada anak sorang.sebaknya aku masa tu.Aku sekarang pom dah kawin Cuma rezeki aku untuk dpt ank masih belum ad.mungkin balasan pada aku .

Aku tak tahu mcm mana nak mintak maaf pada dia.Aku takde keberanian ntuk mesej dia apatah lagi sekarang dia dah bersuami.Lebih lagi perasaan aku ketika ini aku sgt2 malu pada dia.

Andai kata awak baca luahan sy ni,demi Allah,sy mintak maaf atas perbuatan sy yg lepas,maafkan sy,mungkin balasan saya tiada anak sebab apa yg sy dah buat pada awak.Maafkan sy .KRT

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *