Aku Janda So What

Posted on

Aku Janda, So What?

Salam admin, harini terpanggil untuk kongsi pendapat and buah fikiran aku perihal insan bergelar single parent, janda, duda atau apa apa yang seangkatan dengannya.

Yup, aku seorang janda. Hidup sebagai janda ni kadang masyarakat cemuh (terutama golongan isteri and mkcik2 kepoh). Aku pun tak faham kenapa status janda perlu dijadikan isu. Tak boleh ke ada sedikit timbang rasa kalian untuk insan bgelar janda, or single parent ni? Do we pray to be janda? Of course lah tidak. Sometime kami perlu buat keputusan, sanggup bergelar janda atau teruskan hubungan suami isteri whereby si anak akan lihat mak ayah mereka saling pukul memukul, si ibu lebam sana sini, si ayah kaki betina and sebagainya.

Demi kasihkan anak, setengah dari kami sanggup bercerai semata tak mahu si anak membesar dalam keadaan ibu bapa pukul memukul.. emosi and psikologi anak tu penting sangat pada aku. Aku harap sangat masyarakat tak perlu nak rasa tergugat atau benci dengab golongan janda. Atau melabel kami sebagai pemusnah rumah tangga orang. Sebab setahu aku, punca keretakan rumah tangga aku bukan berpunca dari seorang janda, tapi dari seorang perempuan yang telah pun bergelar seorang ISTERI dan ibu.

And buat single parent macam aku kat luar tu please la baca nasihat aku ni.. think twice untuk apa apa yang berkaitan dengan anak.

1. Jangan mudah putus asa terutama untuk mencari rezeki untuk kau and anak. Kuatkan semangat. Percayala setiap penat lelah kau ni, Allah akan bayar.

2. Bilamana kau penat kerja, penat emosi jangan sesekali kau lepaskan kegeraman korang pada anak. Tatap mereka dengan kasih sayang

3. Andai korang bertemu insan baru, kenali dulu insan tu. Jangan mudah dedahkan atau kenalkan anak korang pada insan baru. Pentingkan anak dulu, second baru pasangan baru kau.

4. Kalau pasangan baru kau dah mula nak naik tangan pada anak, jangan sesekali kau diamkan atas dasar sayang. Kau perlu ingat, anak amanah paling berharga. Kalau bukan kau yang lindungi mereka then siapa lagi. Pasangan baloh dicari ganti, anak tidak.

Ni aku cakap sebab salu dalam akhbar berita si ibu biarkan teman lelaki pukul anak separa kritikal. Cukup membakar hati. Tu je admin nak cakap. Tu all yang seangkatan dgn aku, be strong and doa kesejahteraan anak, jangan berburuk sangka pada Allah. InsyaAllah semua yang jadi pasti.. pasti ada hikmah..

Salam sayang..
Eva.

Eva

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *