aku di lahirkan sebagai anak luar nikah.aku berdarah kacukan melayu korean,sebab nak bertanggungjawab.ayah sempat hulur cek bernilai RM50k

Posted on

hi warga krt hari ni aku share kisah pahit manis hidup aku sebagai ank luar nikah. nama aku mey berusia 27tahun.aku di lahirkan sebagai anak luar nikah.aku berdarah kacukan melayu korean.MaK melayu n bapa korean.MaK aku meninggal selepas melahirkan aku.aku dibesar oleh atok n opah. di situ segalanya bermula. pada umur 5tahun aku sdh pun di ajar mengemas rumah n buat kerja.

aku selalu di pukul.ye lah, pada usia kanak2 aku sepatutnya bermain dgn kawan2.tapi aku langsung tak di benarkan berkawan n semua org tak nak kawan dgn aku sebb aku ank haram.waktu tu aku tak tahu apa itu ank haram.aku langsung tak tahu apa itu kasih sayang apa itu belaian manja .aku hanya tahu bila aku salah aku dipukul n di maki hamun.pakcik makcik pun tak suka aku. aku pun tak pernah bersekolah n mengaji seperti kanak2 lain.aku pernah Tanya opah.aku nak sekolah. waktu tu umur aku 7tahun kalau sekolah masuk darjah1.

opah aku maki aku cakap’kau ni nak malu kan aku lagi ke mcm MaK kau?? kalau ikutkan hati nak je aku campak kau dlm gaung’. tu je lah yg aku ingat.lepas dari itu aku tak pernah Tanya lagi.sampai umur 9tahun ,ada lah org pindah duduk tepi rumah aku.dia ada ank bernama nur firdaus umur 12tahun.jiran aku baik Sgt2. satu hari aku teruk dirotan atok sebab pecahkan sarang burung n burung tekukur pun terlepas.

kena pukul dgn getah paip.berbirat betis aku.menangis aku kesakitan tak ada siapa peduli.akhirnya jiran aku firdaus datang Tanya kenapa aku nangis.aku cakap la aku sakit sambil tunjuk betis aku yg terkeluar kulit n nak berdarah.dia cepat2 panggil mak dia.MaK n ayah dia datang dukung aku n ubatkan kaki aku.ya Allah.. baiknya dia org.selama ni aku tak pernah di pedulikan oleh sapa2 pun.lepas dari tu aku ceritakan semua nya kat dia org

.baru aku tahu ank luar tu adalah pasangan yg tidak berkahwin memiliki ank tidak sah taraf n aku lah salah satu dari nya. sejak dari itu aku menjadi rapat dgn keluarga firdaus.MaK n ayah dia pun suruh aku panggil dia org dgn gelaran MaK n ayah.dapatlah aku merasa kasih sayang waktu tu.bahagia nya hidup sehari 1,2jam mesti aku g jumpa MaK, ayah n abg firdaus.selebihnya kena tolong opah buat kerja rumah n kerja kutip getah skrap. setiap petang MaK n abg firdaus ajar aku membaca bahasa melayu ,english n mengaji.akhirnya di usia 12tahun aku dah pandai membaca dengan fasih.matematik pun aku pandai tambah tolak darab n bahagi.bahasa english pun tau baca n memahami maksud. satu hari pada usia aku 15tahun datang la seorg lelaki asing yg tidak aku kenal.

datang terus memeluk aku di hadapan MaK n ayah.terkejut ayah masa tu.akhirnya lelaki tu mengaku dia adalah bapa kandung aku yg dia cari2 selama ni.dia berbahasa english n tak tau berbahasa melayu.dia ceritakn semuanya kat MaK n ayah.dulu waktu MaK kandung aku hamil dia nak kahwin dgn MaK kandung aku tapi di tentang oleh keluarga MaK kandung aku n di halau serta di pukul.bapa kandung sdh pun berkeluarga di Korea.dia datang sebab nak bertanggungjawab.dia sempat hulur cek bernilai RM50k berserta alamat dia tinggal di Korea kat ayah.tak sampai sejam berjumpa akhirnya datang pakcik n halau bapa kandung aku.itu lah kali pertama n akhir aku jumpa bapa kandung

.ketika di halau aku sempat lari peluk n cium sambil menangis memeluk bapa kandung aku. Start kejadian tu ayah diam2 bawa aku g buat buku Bank n clearkan check 50k tu masuk dlm acc aku.ayah perpesan jgn sesekali ambil duit tu keluar.jika dalam keadaan darurat n perlu shj keluarkan sikit2.pada tahun 2007 keluarga angkat aku pun berpindah ke kl.tinggal lah aku kat kg dgn penuh kesengsaraan.aku hampir nak bunuh diri.aku jadi down n tak ada tempat mengadu bila di marah n di pukul. selepas 5bulan tak ada MaK n ayah, opah Marah teruk kat aku sebab lupa kutip getah skrap n p jual skrap.teruk di belasah oleh makcik di maki n di hina.akhirnya aku dah tak tahan dgn nada suara slow aku Tanya.kenapa layan aku macam ni? aku pun keluarga makcik jgk.aku sayang keluarga aku.lepas tu opah bungkus kain baju aku n halau aku

.makcik hantar aku kat bus stand n bagi aku 500 n cakap’pandai2 la kau nak hidup, jgn kau balik lagi. pergi lah’. time tu dalam otak cuma rasa nak mati.aku tak pernah pergi mana n cuma terperuk dlm kg jer.akhirnya aku beli tiket bus menghala ke kl sbb mak n ayah kat sana. sesampainya aku kat pudu raya tu.aku mati akal.ramai org n aku tak tau nak buat apa.duit ada lagi 470.aku berjimat cermat.aku bjalan tanpa arah n terjumpa dgn 2org perempuan cina.dia berbahasa cina dgn aku sebab paras rupa aku mmg macam org cina.aku pun berbahasa english yg aku belajar dari firdaus dulu.aku ceritakan semua.

masa tu aku tak mampu nak fikir sama ada dia baik ke jahat.akhirnya erene n sesy ajk aku tumpang kat rmh dia org sbb kesian kan aku.dia org baik sangat.banyak tolong aku n bagitau yg babi tu haram sbb aku beragama islam .dia org berkerja di sebuah kelab malam sebagai waitress.pakai seksi n cantik2 Start pukul9pm sampai 2am. lepas seminggu duduk dgn dia org, duit aku pun dah tinggal RM250.

aku perlu kerja n cari duit .elene offer aku kerja sekali dengan dia kat kelab malam tu.sdh tentu aku tolak sbb aku takut.aku ingat kerja tu kena bagi laki peluk kena tidur dgn laki n minum arak.elene yakinkan aku yg kerja tu cuma order beer shj.tak perlu minum. tapi kena la cantik n seksi.aku pun setuju.malam tu hari pertama kerja.aku make up n pakai baju elene.skirt pendek dgn singlet n kasut tumit tinggi. mula2 aku tak biasa.tapi selepas 2,3jam aku terus biasakan diri.aku order beer n ramai cust nak aku yg orderkan.tips pun banyak aku dapat dari baki duit beer tu cust bagi kat aku.malam hari pertama tu shj aku dapat RM350 duit tips shj.

aku jd happy n dah tak fikir susah lg .aku seolah2 mnjadi Superstar yg di gilai ramai lelaki. walaupun di gilai ramai lelaki tak kira la melayu cina india tua muda miskin kaya.aku tak pernah minum setitik pun arak tu.aku tak pernah ikut mana2 lelaki keluar n masih mjaga kehormatan diri. mungkin nasib aku baik aku tak pernah di kasari walaupun aku menolak permintaan gangster2 n samseng2 yg minum kat sini.semua menghormati aku sebagai perempuan

.di kelab malam ni la aku rasa macam keluarga aku regular cust semua tu.mungkin dia org tau yg aku ni tak ada MaK bapa mungkin dia org bersimpati. pada satu malam ada lah seorg cust datang.org cina yg bernama hack kacak tinggi n Main gym org ni badan berketul2.dia meminati aku melalu gambar yg ambil oleh kawan dia yg aku kenal.tak pernah ambil kesempatan.dia order beer sekali 10bucket.padahal dia cuma minum 2bucket dia muntah hijau.

lain2 semua simpan n sedekah kat org lain.hari2 selama 2tahun dia datang setiap malam n 10bucket beer setiap malam.dia datang cuma nak melihat aku.dia bazirkan duit sehari 100-150 kat aku.sebulan aku kumpul dapat lah 3k-4k dari duit tips dia bagi shj.belum cust lain lagi.aku mewah Sgt. pada usia aku genap 21tahun akhirnya hack meluahkan isi hati utk memperisterikan aku.dia nak aku tinggalkan kerja ni.tinggalkan semua ni n hidup bersama dia .aku cakap la aku ni agama Islam.dia cakap dia nak memeluk agama Islam sebab dia banyak kawan melayu.hack pun pergi belajar ilmu2 agama Islam.mula2 aku ingat dia tipu.dia ajak aku tengahhari siap2 lah nak pergi sekolah dia cakap. dia bawa jubah n tudung utk tutup aurat aku.

aku terkejut sangat.aku ikut dia n dia betül2 belajar agama Islam n sdh pun memeluk agama Islam. selepas seminggu aku ikut hack belajar agama Islam aku terus berhenti kerja tu. ustazah Mariam ajar aku mengaji n cara2 solat.ramai org ingat aku mualaf jgk sbb aku tak ada rupa org melayu.huhu.. aku Tanya ustazah.aku ni anak luar nikah.aku ni haram yg macam mana? ustazah pun bagitau lah’aku ni bila lahirkan di ibarat kain putih, tiada dosa.tengok la siapa yg mencorakkan aku.jika cantik, cantik la jadi nya.jika buruk buruk la jadi nya.

tiada manusia ingin dilahirkan ank luar nikah.yg berdosa adalah ibubapanya.bukan anak nya.berdosa hukumnya bagi yg mengejek menghina n menghukum ank luar nikah di sebabkan dosa ibubapa nya’. sebulan belajar ilmu Islam hidup aku menjadi tenang n bahagia.ustazah Mariam menjadi Ibu angkat aku.aku amat bahagia.suatu hari aku ikut ibu balik rumah temankan ambil telekung n sejadah.ibu menyapa seorg perempuan yg tengah mendodoi baby diluar rumah atas Sofa.ya Allah.. aku kenal perempuan tu.dia adalah MaK angkat aku yg aku cari2 selama di kl ni.aku lari n peluk MaK.

aku rindu mak .abg firdaus dah kahwin n comel baby nya. pada hujung tahun 2011,hack bawa aku balik jumpa ibubapa dia.aku takut sangat.takut kena marah. ye lah kan.anak dia tukar agama n nak khwin dgn aku.sampai kat rumah keluarga hack aku di sambut semua adik 2 n ibu bapa hack.dia terima aku masuk dalam keluarga dia org.dia org tak kisah pun.ibu hack cakap patut la hack tergila2kan aku.rupa nya aku ni seiras perlakon Korea dalam movie’full house’tu. /:,@P/:,@P/:,@P

aku bersyukur memiliki rupa paras n susuk tubuh tinggi putih bersih(maaf agak riak bercerita). mungkin ikut bapa aku.kami berkenalan sangat rapat Start hari pertama berjumpa. setelah 3tahun mengenali hack dri hari pertama jumpa di kelab malam baru aku dapat tahu yg hack adalah pemilik gym yg terkenal n ada 5cawangan gym dia di kawasan kl n penang.aku pun Tanya kenapa dulu cakap berkerja sebagai traning kat gym tu? dia cakap sengaja menguji aku.sepanjang aku dgn hack. aku tak pernah minta apa2 pun.sebab aku sendiri ada duit hasil kerja kelab malam tu.

simpanan aku banyak sebab aku datang dari keluarga yg susah.bila ada duit aku berjimat2.ayah pun dah pulangkan buku Bank n cek bernilai 50k.tapi aku sedekahkan kat ayah.ayah pun bagi alamat bapa kandung aku sekali. pada awal tahun 2012 aku bertunang hack.meriahnya majlis kami.ibu ada mak ada ayah ada.cuma bapa aku yg tak ada.aku minta satu permintaan kat hack.aku nak di majlis nikah n majlis bersandingan nanti bawakan bapa aku.hack cakap insyaallah dia makan cari bapa. setelah 6bulan kami pun bersiaplah utk bernikah di pagi 12.12.2012.hari yg di tunggu dah tiba

.semua org datang.tapi org yg aku tak jemput n tak nak jemput pun turut hadir.aku melihat bapa.aku panggil dia daddy.aku tak terkejut melihat daddy sbb aku tahu hack pasti cari.tapi yg aku terkejut melihat org yg menyeksa aku. menghina aku.pukul aku tanpa bilas kasihan. yg tak pernah menyangi aku pun ada tapi masih di luar rumah.dia org adalah opah, atok, makcik pakcik n anak2 dia org.memang nampak la rupa org kg seperti aku dulu dgn pakaian style lama.aku menjadi marah.aku nak bangun tapi mummy(ibu mertua) tahan aku

.sambil berbisik ‘hal lama biar jgn p ingat’. selepas akad nikah aku sdh sah bergelar isteri hack.sambil bersalam2 sampai giliran opah.aku Tak tahu nak salam ke tak. aku pandang mata opah. berkaca2 mata opah seperti menahan airmata.opah terus menangis tersedu2.dia minta ampun maaf.dia berdosa pada aku n makcik2 aku turut mengalirkan air mata.tapi aku cuma menganguk n salam je .

hati aku keras seperti tak ikhlas memaafkan dia org. semua tetamu dah balik. ibu pun masuk bilik.ibu bagi ceramah la apa lagi.ibu cerita kisah2 zaman nabi dulu yg mengampun kan umat2 nya.sebesar mana pun kesalahan yg dia org buat tapi lihatlah aku pada hari ni.semuanya ada hikmah.dulu aku di hina n hidup nya amat terseksa. tapi lihat lah aku sekarang. ada segalanya

.berapa ramai yg menyayangi aku. sedangkan dulu aku minta n mengemis utk di sayangi.sekarang Allah hantar lagi satu keluarga yg dulunya aku sendiri minta di sayangi dan kini hadir utk menyanyangi aku kembali’. tiba2 hati aku kembali lembut dan sedia memaafkan dia org. kini pada tahun 2017 sdh hampir 5tahun menjadi isteri kepada hack.kami memiliki 5org cahaya mata yg mengeratkan hubungan kami berdua.jangan terkejut kenapa 5org? tahun 2013 lahirnya baby kembar 2lelaki n hujung tahun 2015 keluar lagi kembar 3perempuan.alhamdulilah..

hidup aku sangat bahagia.yg dulu nya di uji dengan hinaan masyarakat sekeliling dgn gelaran ank luar nikah ank haram.kini aku hidup sempurna dan bahagia.aku berharap kebahagiaan ini berkekalan sehingga ke syurga nanti. aku bersyukur hack bkn nya asal Islam tapi dia sekarang membimbing aku ke jalan Allah swt.

semoga kita semua sentiasa bersyukur dgn apa adanya. akhir kata, aku minta korang jgn lah hina ank2 luar nikah.sebab aku juga tak pernah minta dilahirkan kat dunia ni utk dihina org. aku juga ada hati dan perasaan sama macam korang.seperti ibu aku cakap’jgn menghina dan menghukum ank luar nikah oleh kerana kesalahan dan dosa ibubapanya’. the true story~ maaf agak panjang cerita

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *