Aksi Video Bercium Janna Dan Fattah, Janna Tak Salahkan Fara Mendoza

Posted on
Aksi Video Bercium Janna Dan Fattah, Janna Tak Salahkan Fara Mendoza

Babak kelakar dan bukan ghairah. (Pic: Alexander Hadreez Jr.)

Sejak gambar bercium dua pelakon utama drama Coffee Prince, Fattah Amin dan Janna Nick tersebar di laman sosial, pelbagai tuduhan dilemparkan kepada mereka walaupun foto itu belum diketahui kesahihannya.

Ada yang mendakwa babak itu sengaja direka demi menagih publisiti dan tak kurang juga menyalahkan mereka yang terbabit kerana tidak peka dengan sensitiviti masyarakat Islam.

Sebagai individu yang diperkatakan, tentunya tuduhan itu agak berat untuk Janna telah apatah lagi ia membabitkan soal agama.

Bertemu Janna pada majlis sidang media drama rantaian usahasama produksi Malaysia dan Indonesia, Dia yang diadakan di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya baru-baru ini, soalan itu turut diajukan kepada si empunya diri.

Sukar untuk beri komen.

Katanya, adalah sukar untuknya memberikan komen yang membabitkan agama memandangkan drama itu sendiri adalah sebuah adaptasi daripada drama bersiri popular Korea dan bukan acuan asli karya tempatan.

“Kalau saya nak komen banyak-banyak pasal agama pun tak boleh kerana kerana cerita ini pun tak berapa nak Islam kerana ia diadaptasikan daripada drama Korea serta memaparkan kisah lelaki yang menyintai lelaki. Dan dalam Islam sendiri pun, perbuatan seperti itu memang salah.

Jadi lebih sensasi kerana melibatkan Fattah.

“Bagaimanapun, untuk mengelakkan ia terus mencetuskan polemik, ada banyak perkara yang sensitif sudah diubah mengikut budaya Timur serta adat Melayu. Apa yang boleh saya katakan, aksi bercium yang disangka ramai itu sebenarnya babak kelakar dan bukan dibuat atas ghairah membabitkan pasangan yang bercinta,” tegas pelakon berusia 22 tahun ini kepada Rojak Daily Kaw!

Ditanya apakah kontroversi itu tercetus disebabkan pasangannya adalah Fattah, yang dketahui sering menjadi bahan sensasi sejak menceburi bidang seni, Janna tidak menolak dakwaan itu.

Tidak akan bercinta dengan Fattah.

“Fattah mungkin menjadi penyumbang kontroversi ini kerana dia sering dikaitkan ada hubungan pelakon yang menjadi pasangannya. Justeru apabila saya jadi heroin dia, saya pun sudah bersedia untuk dikaitkan dengannya. Kalau betul lah Fattah sering terbabit dengan cinta lokasi, saya adalah pelakon wanita pertama yang tak akan bercinta dengannya,”ujar aktres yang mula dikenali menerusi drama Syurga Nur ini.

Kontroversi babak cium ini tercetus apabila pelakon yang juga kawan baik Janna, Fara Mendoza memuat naik video 15 saat yang menampakkan aksi cium dua pelakon tersebut. Sebagai kawan baik, ramai yang mempersoalkan tindakannya itu yang dianggap seperti sengaja mahu menjatuhkan Janna.

Fara sudah minta maaf.

Menjawab persoalan itu, Janna berkata dia tidak menyalahkan Fara atas apa yang berlaku. Malah dia tidak terfikir langsung yang kawannya itu berniat jahat tatkala memuat naik video berkenaan.

“Saya tidak salahkan dia seratus peratus dalam hal ini sebabnya ketika waktu dia memuat naik video itu, saya dan produksi sedar yang Fara sedang merakamkan adegan tersebut. Kalau benar dia mahu jatuhkan saya, ada banyak lagi video kami yang boleh dia tularkan untuk jatuhkan saya.

“Saya yakin dia tidak sengaja. Apa pun dia sudah meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan,”katanya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *