Akibat Tak Percayakan Suami, Isteri Buat Cerita Sampai Habis Duit Simpanan Di Belanjakan

Posted on


Ni bukan kisah saya. Isteri ni merujuk kepada isteri kepada kawan baik suami ku. (Yus bkn nama sebenar). Diorg memang kawan baik sejak dari sekolah menengah hingga umur sekarang near 50. Kesian Yus..
Cerita agak panjang. So saya akan cuba ringkaskan confession. Yus lebih muda dari isteri dia almost 9yrs. Dan suami saya pun kenal Yus & wife sejak diorg kerja sementara lepas habis SPM. Diorg sangat baik especially wife dia. Sngt lemah lembut, murah hati, etc yg baik-baik. Kesian Yus..
“Pinjam Ahlong”


One day, diorg tiba-tiba datang rumah kami & takut nak balik rumah. Sebab apa guess what?! Sebab nak lari dari ‘along’. Ya Allah! Bayangkan la kalau ‘along’ tu tau diorg ada kat rumah kami. How?! Lepas suami tanya smua cerita rupanya wife Yus ni dah buat pinjaman dgn ‘along’ hampir RM600 ribu tanpa pengetahuan Yus.


Subhanallah! Memang kesian Yus. Diorg hampir bercerai. (Lin = Yus’s wife) Lin mintak cerai and suruh Yus bawa anak diorg lari. Biar Lin tanggung sendiri dengan ‘along-along’ tu semua. Pinjaman tu dia buat sikit-sikit dengan beberapa ‘along’ bukan seorang.


Tapi Yus takkan buat macam tu dia sayang lg si Lin ni walaupun apa yg dia dah buat. Dia pinjam mungkin sebab dia takut, kene tipu atau lurus sangat, atau bodoh. Tak tau la. Kesian Yus..
Kisahnye gini.. Ada satu masa tu bapa saudara Lin menumpang kat rumah diorg. Agak lama juga sampai la satu hari tu bapa saudara Lin ni bising-bising cakap barang kemas yg dia simpan dalam bag hilang. So dia tuduh si Lin ni yg ambil barang2 tu. (i’m not sure how much is it)


Mungkin Lin ni terlampau lurus at the same time bodoh.. tak mampu nak kata tidak. So dia sanggup nak bayar kerugian bapa saudara dia tu dgn buat pinjaman dgn ‘along’ without discuss with her husband. Dah bertahun2 sampai berbunga, bunga pun dah gugur, berputik, gugur, putik lagi sampai RM600k. Bayangkan lah. Kesian Yus..


So we advice them suruh report NGO etc and so on la. Bayar tetap kene bayar kan. Cari la duit kat mana pun sampai jual semua barang-barang, kereta, rumah. Bayar sikit-sikit sampai sekarang dah ok rasanya. Dah boleh beli kereta baru. Tapi rumah sewa la. Tapi….belum reda hal ‘along’.. Lin buat hal lagi!!! Kesian Yus..
“Duit Simpanan Habis Kering”


Lagi sekali Lin buat hal. Ketika sekarang diorg seolah baru nak mulakan kehidupan, Lin tiba-tiba bikin drama lagi bagitau Yus yg arwah ayah Lin ada tinggalkan harta bernilai RM1.2juta. Bukan main terkejut plus happynye Yus bakal hidup senang kan. Tapi belum dapat lagi la.. Kesian Yus..
Lin tau Yus masih ada simpanan dalam bank hasil simpanan gaji & jual rumah smua tu. Takde la banyak mana. So disebabkan diorg bakal jadi jutawan, Lin desak Yus keluarkan duit simpanan untuk beli rumah baru.
Lin janji dapat duit nanti Lin ganti balik malah bagi lebih lagi. Diorg siap pergi tengok and bayar booking showhouse lot semi-D & kereta BMW dan lain-lain tah ape-ape lagi. Sampai duit simpanan Yus habis kering. Tapi harta belum dapat lagi. Aduhai Kesian Yus..


Lin kononnye turun naik lawyer firm, bank jumpa pegawai-pegawai besar kat institusi tu semua. Yus percaya sangat and menaruh harapan untuk jadi jutawan. Tp hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Duit tak dapat2 lagi. Yus curious.. dia desak Lin suruh tanya lawyer kenapa lambat sangat duit masuk?! Kesian Yus..


FINALLY… Lin jawab “sebenarnya duit tu takde” dia sengaja reka cerita tu semua.. Tapi Wallahuallam.. sebab ape kami semua masih tertanya-tanya. Saya agak Lin sengaja nak habiskan duit Yus sebab takut Yus kawin lain.
Ye la Lin dah makin tua.. dia memang tak cantik, badan besar ibarat handsome and the beast (maaf) tp Yus still sayangkan dia walaupun dah macam-macam Lin buat. So sejak Lin mengaku dia bohong, diorg bergaduh besar. Lin dah berubah jadi kasar. Yang dulunya pijak semut pun tak mati. Ber “aku-kau” je dengan Yus.
“Ada Yang Cemburu Kebahagian Mereka”


Yus hanya mengadu dengan suami melalui telefon. Tp Yus masih taknak tinggalkan Lin sebab terlampau sayangkan anak dia Bob. Bob anak tunggal mmg manja sangat dengan diorg. Sampai sekarang diorg hidup satu bumbung tapi tak bertegur. Yus pun dah jarang contact suami.
Suami pulak takut nak tanya kabar sebab tak tau angin ribut ke petir ke kt sana. So apa-apa yg Yus cerita suami hanya dengar. Tak tanya lebih bimbang tersinggung. Tak tau ape khabar diorg sekarang ni. Wallahuallam.. Kesian Yus..


Saya yang dengar cerita Yus & Lin ni mengucap je tak sudah. Seriously memang mcam drama. Tak sangka depan mata pulak. Pada saya mungkin ada orang ketiga yang hasut Lin supaya buat macam tu. Ye la sebab Lin ni terlampau lurus kan. Ikut je.. percaya je apa yg orang cakap. Mungkin ada yg cemburukan kebahagiaan diorg. Tp tu la sifat Lin suka membelakangkan suami dalam segala hal. Kesian Yus..


Gigih saya ringkaskan message kat sini sebab tujuan saya untuk sampaikan satu pengalaman yg sangat saya tak boleh lupakan. Saya sendiri terkesan apatah lagi Yus. Kesian Yus..

http://mediareporterr.blogspot.my/2017/04/akibat-tak-percayakan-suami-isteri-buat.html

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *