Akibat Skirt Dikatakan Terlalu Seksi, Pelajar 12 Tahun Diusir Penganjur Dalam Kejohanan Catur Kebangsaan

Posted on

PUTRAJAYA – Seorang jurulatih permainan catur telah membuat pendedahan berkaitan dengan seorang pelajarnya yang berusia 12 tahun yang diusir oleh penganjur dari menyertai satu pertandingan permainan catur kebangsaan antara sekolah di Putrajaya hanya kerana skirt yang dikatakan seksi.

Jurulatih berkenaan yang dikenali sebagai Kaushal Kal mendedahkan perkara ini melalu akaun Facebook beliau dengan menyatakan pelajar terbabit diarahkan keluar oleh pihak penganjur permainan catur itu hanya disebabkan skirt yang dipakai pelajar berkenaan dikatakan terlalu seksi yang mana ianya adalah bertentangan dengan peraturan pertandingan, katanya.

Kaushal turut mengecam tindakan ketua pengarah dan ketua jurulatih pertandingan tersebut yang dikatakan telah menimbulkan satu penghinaan dan gangguan dipercayai terlalu melampau ke atas pelajar terbabit.

Menurutnya lagi, semasa di pusingan kedua di pertandingan itu, ketua jurulatih tersebut telah memaklumkan kepada pelajar berkenaan dan juga ibunya, bahawa ketua pengarah ada memberitahu skirt yang yang dipakai pelajar itu kelihatan seksi.

Kaushal juga menjelaskan bahawa kenyataan sebegitu dirasakan adalah tidak munasabah. Kesemua peserta telah dimaklumkan cara pemakaian tidak memenuhi kehendak kejohanan pertandingan tersebut pada kira-kira jam 10 malam oleh ketua jurulatih, manakala pertandingan itu akan bermula pada keesokan harinya jam 9 pagi.

Jelas Kaushal, semua kedai di pusat membeli belah telah ditutup ketika itu dan keesokannya perniagaan itu tidak akan dibuka di awal pagi. Oleh sebab pelajar terbabit tidak sempat membeli pakaian seperti yang diinginkan penganjur dia terpaksa dikeluarkan daripada pertandingan tersebut.

Kaushal juga memaklum dia bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya penganjur tidak membuat permohonan maaf secara terbuka bagi menyelesaikan permasalahan ini.

Katanya selepas lima hari daripada tarikh Kaushal membuat pendedahan ini, pihak penganjur tidak memberikan apa-apa respon, Kaushal akan segera mengambil tindakan undang-undang berkaitan dengan kes ini. – Koleksi Viral

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *