‘Ahok Malaysia’ Patut Terima Nasib Yang Sama – Ustaz Dr Zamihan

Posted on

Putrajaya: Golongan bukan Islam yang menfitnah dan menghina Islam patut dipenjarakan seperti yang dijatuhkan terhadap bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok.

Pandangan ini disuarakan oleh Ustaz Dr Zamihan Mat Zin Al Ghari ketika ditanya sama ada ketegasan yang diambil oleh kerajaan Indonesia, sebuah republik sekular dalam kes penghinaan ke atas Islam seperti yang sering dilihat berlaku di Malaysia dilakukan oleh sesetengah kumpulan bukan Islam. “Patut.

Bahkan, pemerintah berkewajipan untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang menghina dan memperlekehkan Islam.” Presiden ASWAJA itu juga menambah bahawa mana-mana agamawan yang cuba membawa mesej berbeza dikalangan masyarakat sehingga mengelirukan masyarakat harus diambil tindakan tegas.

“Menentang arus beragama dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat dikira tukang fitnah agama. Golongan ini juga perlu dikenakan tindakan tegas.”

Sebelum ini, ada di kalangan agamawan tempatan yang berpendapat bahawa Ahok tidak menghina Islam. Menjawab tentang kenyataan tersebut, Ustaz Dr Zamihan Mat Zin Al Ghari, menyatakan bahawa golongan tersebut berhujah dengan dangkal tanpa melihat dengan pandangan yang seimbang dan tepat terhadap semua fakta kes yang telah dibentangkan.

Beliau juga kemudiannya menegaskan bahawa Akta Hasutan perlu dibuat penambahbaikan dengan turut memberi tumpuan khusus ke atas semua bentuk perbuatan menghina Islam. Ini selari dengan apa yang diperjuangkan oleh banyak NGO Islam sejak 2014 lagi.

Berbanding dengan Indonesia, Malaysia adalah sebuah Monarki Berperlembagaan yang menyatakan dengan jelas dalam perundangan tertingginya bahawa Islam adalah Agama bagi Persekutuan Malaysia.

Jika negara dengan sistem sekular dapat memastikan kes-kes penghinaan ke atas Islam dikenakan tindakan sepadan, kenapa Malaysia, dengan Islam sebagai Agama bagi Persekutuan, tidak berani melakukan tindakan yang serupa.-menara.my

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *